Sunday, November 1, 2009
Siapa sebenarnya gila?
Aku sering tertanya-tanya pasal dunia kita hari ini. Adakah dunia kita yang salah atau kita yang bersalah pada dunia? Yang selalu merosakkan dunia adalah kita...yang selalu mencemarkan dunia adalah kita juga...yang selalu menyalahkan ketandusan dan kekurangan makanan yang hidup di atas dunia ini kita juga...yang pastinya kita juga....Bukan cerita dunia yang ingin aku perkatakan kali ini ataupun tentang ketidak puasan kita terhadap dunia. Yang aku nak katakan hari ini pasal "orang gila".
Apabila aku melihat "orang gila" dan aku bandingkan dengan "orang waras"...aku sukar nak bezakan keduanya. Kekadang aku lihat waras lagi "orang gila" dan gila lagi "orang waras". Bukannya apa, suatu ketika ketika aku bersembang dengan "family"ku, kami bercerita pasal penyakit yang menjadi ketakutan dalam selok-belok dalam amalan pemakanan. "Orang waras" sering menjaga makanannya agar tidak mengambil makanan yang basi, tidak berkhasiat, yang telah dimasak, yang mempunyai unsur itu dan ini yang semua berkisar tentang kandungan makanan sihat dan yang paling utama tempat di mana nak makan. Tapi bila aku perhatian "orang gila"...mereka makan tak ikut gred pemakanan pun hatta mereka tak tetapkan di mana mereka nak makan. "Orang gila" macam tak dengar kena sakit diabetes atau sakit jantung atau kena sakit sembelit berbanding dengan "orang waras". Mungkin "orang gila" tak direkod dalam daftar pesakit....brangkali. Atau "dorang" tak direkod kematiannya.
Bila aku lihat persekitaran fizikal mereka, aku akui mereka taklah sehebat "orang waras" yang berpakaian tak menentu, kebersihan tak terbela langsung hatta bau badan pun sungguh mengasyikkan. Namun yang aku respek kat mereka ni...mereka lebih bertenaga daripada "orang waras". Mereka (orang gila) boleh bergerak ke mana sahaja mereka nak pergi dengan berjalan kaki dan "berkaki manusia" sahaja. Tetapi "orang waras"...nak pergi ke satu tempat ke satu tempat...mesti nak naik kenderaan walaupun terpisah hanya satu bangunan. Alasan 'orang waras" yang sering didengar; penat!, panas!, jauh! dan yang paling menjengkelkan bukankah kita ada kemudahan yang menyenangkan. Tapi aku berandaian; 'orang gila' mungkin berkata; "gilakah dorang tu...dekat-dekat pun nak berkereta...habiskan minyak petrol/ diesel sahaja?". Bukannya apa, aku berandaian 'orang gila' sebenarnya lebih sihat berbanding 'orang waras'.
Pernah suatu ketika aku bersebang "bodoh" dengan orang yang dikatakan waras. Dalam banyak perkataan, aku cuma hanya mahu mendengar perkataan; "Gila aku dibuat.... atau gila aku..." dan perkataan ini sering diperkatakan oleh manusia-manusia waras yang dah mula tak waras. Tapi bila aku bersebang "bodoh" dengan 'orang gila', yang paling aku suka dengar; apabila mereka kata: "siapa gila? Kaulah gila?". Dan bila aku bandingkan...'orang waras' sebenarnya 'gila' manakala 'orang gila' sebenarnya 'waras' kerana aku berandaian...'orang gila' paling cepat menyelesaikan masalah berbanding bengan 'orang waras'. Mungkin sebab itulah 'orang gila' tidak tercatit kesalahannya walau bagaimanapun kesalahan yang dilakukan berbanding 'orang waras'. Cuma perlu diingat aku bukannya nak suruh menjadi gila cuma aku nak kita fikirkan kenapa kita seringkali nak jadi gila. Aku pernah berkata dengan orang biasa: "Segila-gila orang gila, dia tidak akan mahu mengaku gila; sewaras-waras orang waras, suatu ketika dia tidak berkelakuan waras".
Labels:
fikir-fikirkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment