Friday, October 4, 2013

Dikala dijajah dilain erti!

Aku bermimpi bangsaku dijajah lagi
Puluhan silam kembali lagi
Oleh tirani-tirani berwajah seram lagi ngeri
Oleh tirani-tirani berperilaku kejam lagi bergigi besi
Tetapi mereka bukannya Belanda
Dan bukan juga Jepun yang melancong di sini
Bukan Portugis
Bukan juga Inggeris yang berkongsi komunikasi
Hatta bukan juga Komunis yang berkelakuan aneh tersisih

Aku bermimpi bangsaku dijajah lagi
Persis di zaman moyangku sebelum lahir lagi
Mereka bersarung bersongkok tinggi
Lagak Pak haji yang baru habis mengaji
Ketrampilan Islam rupanya Syiah lagi Yahudi
Memaksa kami kerja melangkaui ajaran Nabi

Aku bermimpi bangsaku dijajah lagi
Kali ini melalui krisis multidimensi
Merusak hati dan moral pemuda-pemudi
Membogelkan pakaian senonoh berlabel you can see
Dan bermacam tayangan porno di luar mimpi

Aduhai, kasihannya bangsaku yang tak lagi suci!
Wajah kudus ulama diludahi dan ditinggali
Titisan darah pejuang agama dan bangsa pertiwi tidak lagi dihargai
Bahkan dilupai
Hanya dikenang kekasih hati yang belum dinikahi
Yang digauli zina sehingga mati
Ibu bapa hanyalah mimpi-mimpi yang pergi
Kasihan, negeriku hilang harga diri.

Friday, September 27, 2013

Nasi Bukhari Ayam

Resipi Oh Resepi
Sekadar Hiasan


Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit     
55 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bukhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)

Cara menyediakan:
1) Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.

2) Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.

3) Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.

Tuesday, September 17, 2013

BOTAK YANG TIDAK BOTAK



SERINGKALI BERBICARA
SAMBIL MENEGUK AIR SECAWAN KOPI
SAMBIL MEMAMAH SEKEPING ROTI MAYAT DALAM TIN
BERBORAK KOSONG SEPAGI HARI SAMPAI KE MAGHRIB
ISU SEMASA DIKUPAS BAGAI SEORANG ILMUAN TERSOHOR
ISU AGAMA DIKUPAS BAGAIKAN USTAZ KEHORMAT
NAMUN SEMUA HANYALAH... MEMBUTAKAN ILMUNYA
KERANA
TIDAK PERNAH MENGERTI PERIT BEKERJA SI ISTERI
TIDAK PERNAH MENGERTI BOGELNYA ANAK-ANAK TIDAK TERJAGA
TIDAK PERNAH MENGERTI FITNAH DAN MUNAFIK DIKALA BERKATA
YANG DITAHU HANYALAH... MEMBOTAKKAN ILMUNYA

SERINGKALI BERBICARA
HARTA DITIMBUN UMPAMA GUNUNG DINAR BERJUTA-JUTA
KERETA DIHIAS UMPAMA LIMOSIN BERCAHAYA EMAS PERMATA
RUMAH DIREKA UMPAMA MAHLIGAI DI PERSADA SYURGA
TANAH DITEROKA UMPAMA LAUTAN TIADA TEBINGNYA
NAMUN SEMUA HANYALAH... MEMATAHKAN HATINYA
KERANA
TIDAK PERNAH MENGERTI BAHANA RIBA’
TIDAK PERNAH MENGERTI ITU BUKAN HAK MILIKNYA
TIDAK PERNAH MENGERTI TEMPAT TINGGAL SETERUSNYA
YANG DITAHU HANYALAH... CINTAKAN DUNIA

SERINGKALI BERBICARA
ILMU DIPELAJARI DICANANGNYA DI SEMUA PELUSUK DUNIA
AMAL DITONJOLKANNYA SEINDAH BUNGA KEMBOJA
AJARAN DAN PERINGATANNYA MENGALAHKAN SEBILAH SENJATA
NAMUN SEMUA HANYALAH... MEMBONGKAKKAN PERSONALITINYA
KERANA
TIDAK PERNAH MENGERTI ANCAMAN RIYA’
TIDAK PERNAH MENGERTI BAHAYANYA BID’AH
TIDAK PERNAH MENGERTI KURAFAT DALAM IBADAH
YANG DITAHU HANYALAH... POPULARITI KEHIDUPANNYA

DAN ITULAH SEBAHAGIANNYA...
TANDA BOTAK YANG TIDAK BOTAK
TATKALA DIBANGKITKAN DALAM KESELURUHANNYA BOTAK

LANUNTAWAU/SMKJPT/18092013/1100AM

Wednesday, September 4, 2013

TANGAN GATAL MILIKNYA

Aku kira aku gembira
Rupanya ada noda-noda durjana

Aku kira aku mempunyai ruang masa
Rupanya ada kereta kebal menjaga pintunya

Aku kira aku kaya
Rupanya ada jembalang mengalahi manusia

Aku kira aku muda
Rupanya ada jam jangka pada raut wajahnya

Aku kira aku sihat sejahtera
Rupanya ada ulat-ulat bermaharajalela

Yang aku kira
Mereka tidak melihat warga di bawahnya
Baginya semua miliknya
Baginya semua cintanya
Baginya juga semua dunia

Thursday, August 29, 2013

Cara Reset Canon MP258 Error 5B00 atau P07

Pengenalan awal :
Ketika printer MP258 menunjukkan error P07 di LCD panelnya dan dilayar monitor akan muncul error 5B00.

Cara Resetter Canon MP258
error 5B00 atau P07 :
 

1. Printer MP258 yang error 5B00 atau P07 dalam keadaan mati "OFF" dan pastikan kuasa elektrik terpasang.
2. Tekan Tombol STOP/RESET dan tahan, kemudian tekan tombol POWER dan tahan.
3. Tombol POWER masih ditekan, kemudian lepaskan tombol STOP/RESET, kemudian tekan tombol STOP/RESET 2 x dalam keadaan tombol power masih ditekan.
4. Lepas kedua tombol secara bersamaan.
5. Printer
MP258 yang error 5B00 atau P07 akan berproses beberapa saat (agak lama), kemudian LCD Panel akan tampil angka 0
6. Komputer akan mendeteksi DEVICE BARU, Abaikan saja .....
7. Keadaan ini menunjukkan printer MP258 dalam keadaan SERVICE MODE dan siap direset.


Cara Resetter Canon MP258 dalam SERVICE MODEP07 :

Cara 1: Menggunakan SERVICE MODE
  • Jika printer anda terpasang (ON), sila matikan dahulu.
  • Tekan tombol Stop/Reset, jangan dilepaskan.
  • Tekan tombol ON dan tunggu sehingga lampu hijau menyala, jangan dilepaskan.
  • Lepaskan tombol Stop/Reset, kemudian tekan tombol Stop/Reset sebanyak dua (2) kali.
  • Lepaskan tombol ON.
  • Tunggu sehingga skrin paparan pada printer memaparkan angka 0.
  • Tekan lagi Tombol Stop/Reset sebanyak empat (4) kali.
  • Tekan tombol ON, printer akan memutarkan pemutar kertas beberapa saat dan printer akan mati secara automatik.
  • Buka kembali printer anda dengan menekan tombol ON.
  • Tahniah, anda telah berjaya reset status printer anda. Jika masih terdapat masalah "Ink Counter" sila ulangi langkah-langkah di atas.

Cara 2: Menggunakan Resetter (UPDATE)
  • Muat turun Resetter. ( http://www.mediafire.com/download/sjs3upfs5nqvnka/ServiceTool.exe )
  • Sediakan kertas di printer sebanyak 2 helai (diperlukan semasa proses dijalankan).
  • Jika printer anda terpasang (ON), sila matikan dahulu.
  • Tekan tombol Stop/Reset, jangan dilepaskan.
  • Tekan tombol ON dan tunggu sehingga lampu hijau menyala, jangan dilepaskan.
  • Lepaskan tombol Stop/Reset, kemudian tekan tombol Stop/Reset sebanyak dua (2) kali.
  • Lepaskan tombol ON.
  • Tunggu sehingga skrin paparan pada printer memaparkan angka 0.
  •  Apabila skrin paparan pada printer menunjukkan paparan 0, maksudnya anda kini berada di dalam SERVICE MODE.
  • Run program ServiceTool.exe  as administrator jika anda menggunakan sistem operasi Windows Vista atau Windos Seven.
  • Klik "MAIN" dan printer akan mencetak satu halaman dengan tulisan "D=000.0".
  • Klik "EEPROM Clear".
  • Seterusnya klik "EEPROM" dan printer akan mencetak satu lagi halaman. Salah satu baris hasil cetakan ialah "TPAGE(TTL=00000 COPY=00000)".
  • Matikan printer dengan menekan tombol POWER.
  • Hidupkan semula printer.
  • Tahniah, anda telah berjaya reset status printer anda.
 

Seindah kata-kata

Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi

لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!

Tuesday, August 27, 2013

PERHIMPUNAN

Ada kalanya
Mereka berhimpun atas arahan

Ada kalanya
Mereka berhimpun atas kerelaan

Ada kalanya
Mereka berhimpun atas ketidakpastian

Dan... Ada kalanya
Mereka berhimpun atas kebodohan

Namun... Inilah mereka
Tidak gusar atas tohmahan
Tidak gusar atas cemuhan
Tidak gusar atas rintangan

Cuma... Mereka faham ataupun tidak
Dalam berhimpun...
Dengarlah
Lihatlah
Hayatilah

Ada juga ilmu padanya
Untuk mereka yang mahu berfikir

07:25am/smkjpt/28082013

Wednesday, August 21, 2013

GILANYA ERA GEMBIRA...

GILANYA ERA GEMBIRA...

Asal sahaja dia muncul
Akan terpusu-pukulan suka
Akan bergerak sakan
      gembira...

Namun mereka lupa
Tiada harta tersisa
Gembira hanya seketika
Hanya mengundang
      suka dan duka...

Maka mereka berkata:
       mahalnya...
Tapi dibayar juga
       takutnya...
Tapi menurut sahaja

Dan...
Maksiat juga menjadi idola

21082013/smkjpt

Saturday, August 3, 2013

Angkara Kebejatan Bangsa

Apabila mereka mula membesar
Semua yang kerdil mahu dibedil
Pabila kalah tercucuk luka
Bangsa lain juga dikata dalangnya

Apabila mereka mula berharta
Sebenarnya hasil jualan harta pusaka
Pabila miskin papa kedana
Bangsa lain juga dikata pencuri bermaharajalela

Apabila mereka mula bergembira
Mengajar anak dan dirinya berdisco ria
Pabila maksiat sudah utuh bersama
Bangsa lain juga dikata pembawa anasir tidak beretika

Apabila mereka meneraju negara bangsa
Segala khazanah menjadi hak keluarga
Pabila segala lubang telah disanggah
Bangsa lain juga dikata merembat harta negara

Saki baki apa yang mereka ada?
Hanya maruah yang telah tercalar
Hanya nama yang telah ternoda
Hanya hati yang telah mati

Thursday, August 1, 2013

BANGKAI LUPA DIRI

Bangkai-bangkai bergelimpangan
Tiada satu pun yang bernyawa
Perutnya kelihatan membuncit
Matanya terbeliak lagi terkeluar
Lidahnya terjelir merah
Berulat lagi berbau busuk

Sesekali diimbas kenangan lampau
Semuanya itu dagingan yang utuh
Giginya memutih
Hidungnya kembang kempis
Bersama mulutnya yang tidak pernah berhenti

Apakah ertinya ini?
Sedangkan mereka belum mati
Sedangkan mereka berijazah tinggi
Sedangkan mereka dihormati di pelusuk negeri

Kerana mereka sudah lupa
Pada janji-janji di dini hari...

(Buatmu guru yang jasamu kini sudah mula dianaktiri)

Friday, July 19, 2013

Menyingkap tirai sejarah Turki...

Ketika membaca sebuah buku "Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah (1299M - 1453M) aku tertarik dengan satu bisikan kata Alp Arslan kepada anaknya:

"Aku dikelilingi oleh para pengawal yang memperuntukkan masanya untuk mengawalku sepanjang siang dan malam. Sepatutnya aku membenarkan mereka melakukan kerja-kerja mereka. Aku telah memberikan amaran terhadap setiap perkara yang cuba mengancam keselamatan diriku. Di samping itu, aku membiarkan sahaja setiap perkara yang cuba mengancam keberanianku, menyerang menerusi pertimbangan yang waras. Aku terlupa semua amaran ini dan di sini aku terbaring menantikan kematian dengan penuh penderitaan. Ingatlah sebaik-baik pengajaran ini dan jangan biarkan ia berlalu sia-sia melampaui batas pertimbangan dan kewarasan akalmu...."

Dan di atas nisannya tertulis:

"Wahai mereka yang melihat ketinggian dan keagungan Alp Arslan suatu masa dahulu, lihatlah! Beliau berada di dalam tanah hitam sekarang..."

 

Thursday, May 16, 2013

MEREKALAH GURU

Merekalah GURU yang menjagaku ketika kecil
Merekalah GURU yang mendidikku mengaji dan berbudi
Merekalah GURU yang membiayaku ketika di sekolah dan universiti
Merekalah GURU yang menghadirkan nasihat ketika bersedih
Merekalah GURU yang mengajar untuk berfikir

bahawa.....

Merekalah GURU permulaan kelahiranku...

dan....

Merekalah GURU yang juga berguru daripada GURU



Wednesday, April 17, 2013

Himpunan Status Facebook : Ringkasan Sifat Solat Nabi SAW #1


Bismillah, Alhamdulillah. Dihimpunkan disini beberapa tulisanku dalam status Facebook berkenaan Sifat Solat Nabi SAW. Semua nya adalah dalam bentuk ringkasan beberapa ayat berkenaan Sifat Solat Nabi SAW. Setiap yang ditulis adalah pegangan yang rajih (kuat) dari segi hujah dan dalilnya bagi saya dalam perihal Sifat Solat Nabi SAW berdasarkan pembelajaran saya dalam kelas-kelas masyayikh yang saya hadiri dan juga tela'ah serta kajian saya. Ini adalah himpunan pertama, dan ia akan bersambung insyaAllah pada himpunan seterusnya.

1- Solat itu adalah rukun kedua dalam Rukun-Rukun Islam, bahkan telah ijma' para Sahabat akan kafirnya mereka yang meninggalkan Solat dengan sengaja. Sesetengah fuqaha' berpendapat kafir itu jika dia meninggalkan Solat dengan sengaja beserta mengingkari kewajipannya

2- Dianjurkan memasuki masjid dengan mendahulukan kaki kanan, dan sunnah berdoa (Allahummaftah li abwaba rahmatik) ketika memasuki masjid. Disyariatkan untuk bersolat 2 rak'at solat Tahiyatul Masjid, dan tidak menjadi masalah jika seseorang itu duduk dahulu samada untuk minum air, atau berehat sebentar kerana penat dan lain-lain, kemudian baru bersolat 2 rak'at Tahiyatul Masjid, tiada masalah padanya. Dan tidaklah sunnah seseorang itu sengaja melewat-lewatkan solat Tahiyatul Masjid tanpa ada apa-apa keperluan.

3- Solat 2 rak'at ketika memasuki masjid (dinamakan tahiyatul masjid) adalah sunnah secara ijma', dan ia adalah disyariatkan. Namun para fuqaha' berbeza pendapat akan hukum tahiyatul masjid, mazhab zahir seperti Daud `Ali al-Zahiri dan Ibn Hazm berpendapat ia wajib sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Qadhi Iyadh, manakala para imam mazhab yang empat berpegang ia mustahab (dianjurkan) dan bukannya wajib.

4- Berkenaan hakikat solat tahiyatul masjid pula, perlu diketahui nama khas tahiyatul masjid ini tidak thabit dari Salaf, tidak dari hadith, ia hanyalah penamaan oleh fuqaha' terkemudian. Bahkan sebenarnya solat tahiyatul masjid ini bukanlah satu jenis solat yang berdiri dengan sendirinya sebagaimana solat witir yang berdiri dengan sendiri, solat dhuha yang berdiri dengan sendiri, solat rawatib yang berdiri dengan sendiri. Akan tetapi sebenarnya solat 2 rak'at memasuki masjid ini ia adalah termasuk daripada jenis solat nawafil mutlak (solat sunat mutlak) atau apa sahaja solat-solat lain yang disyariatkan. Dengan kata lain disunnahkan melakukan apa-apa saja solat yang disyariatkan ketika masuk masjid, contohnya sekiranya seseorang itu memasuki masjid dalam waktu dhuha dan beliau solat dhuha sebanyak 2 rak'at maka beliau telah dikira melakukan tahiyatul masjid, atau masuk masjid dan bersolat 2 rak'at rawatib dikira juga tahiyatul masjid.

5- Tidak thabit dari Nabi SAW akan sebarang doa atau zikir sebelum Takbiratul Ihram untuk solat, menghadirkan niat itu adalah dalam hati dan tidaklah ia dijahrkan mengikut pendapat yang sahih. Sesetengah ulama mengharuskan niat diucap secara jahr sekiranya seseorang itu sangat kuat was-wasnya, dengan syarat tidaklah dianggap ia sebagai satu perlakuan atau rukun solat. Terdapat riwayat dengan isnad yang secara zahirnya sahih yang menunjukkan secara zahirnya al-Syafie menjahrkan niat tetapi ia tidak sarih

6- Qiam (berdiri) dalam Solat itu adalah rukun untuk solat fardhu, manakala ia sunat untuk solat al-nafilah (solat sunat), untuk solat fardhu tiada masalah jika seseorang yang masih mampu berdiri tetapi tidak kuat untuk bergantung kepada tongkat atau menyandar ke dinding bagi yang memerlukan, ini termasuklah yang sakit atau yang tua - yang masih boleh berdiri tetapi tidak kuat - , jika benar-benar tidak mampu berdiri langsung setelah berusaha sehabis baik berdiri walaupun dengan tongkat atau menyandar ke dinding maka diringankan untuknya duduk

7- Disyariatkan sedekap ketika qiam (berdiri) dalam solat dengan meletakkan tangan kanan atas kiri, tidak thabit akan tempat dimana sedekap itu diletak walaupun satu hadith. Beramal akan Salaf sedekap itu di perut, atas pusat, bawah pusat, atas pusat bawah dada, di pusat, semuanya ini diamalkan Salaf. Yang terkuat ialah dibawah pusat sebagaimana yang dijazamkan Ishaq bin Rahawaih dari kalangan Salaf. Adapun didada tidak thabit dari Salaf, bahkan dibenci Ahmad bin Hanbal, namun sesetengah Khalaf beramal dengannya atas anggapan mereka hadith itu sahih.

8- Disunnahkan mengangkat tangan dalam solat pada 4 tempat iaitu: 1- Takbiratul ihram , 2 - Ruku' , 3 - Bangun dari ruku' , 4 - Bangun dari rak'at kedua untuk masuk rak'at ketiga

9- Boleh turun sujud samada dengan tangan dahulu atau lutut dahulu bergantung kepada keadaan dan keselesaan diri. Kedua cara diamalkan Salaf dari kalangan Sahabat Nabi SAW. Dan sujud itu adalah dengan 7 anggota iaitu 1 dahi (termasuk hidung), 2 tangan, 2 lutut dan 2 kaki. Tidak dirapatkan buku lali atau tumit mengikut pendapat yang lebih sahih dan jari diarahkan ke qiblat. Kemudian berkata "Subhana Rabbiyal A'la" (tanpa tambahan "wabihamdih") sebanyak 3 kali atau lebih tidak menjadi masalah bahkan lebih baik, atau "Subbuhun Quddus Rabb ul-Mala'ikatu wal-Ruh", dan sujud adalah sebaik-baik waktu berdoa dalam solat

10- Disyariatkn berisyarat dengan mengangkat jari ketika tasyahhud seraya membengkokkan sedikit jari, dilakukan dari mula hingga akhir.Tidak sunnah tahrik (menggerak-gerak jari) dalam tasyahhud, tidak thabit dari Nabi SAW mahupun Salaf bahkan hadithnya munkar, khata'. Adapun membengkokkan jari thabit dalam hadith riwayat Malik bin. Numair al-Khuzai'i, disahihkan al-Nasa'i, Ibn Khuzaimah bahkan dibuat bab khas dalam kitab mereka akan fiqhnya. Malik bin. Numair tidaklah majhul bahkan thabit mendengar beliau dari ayahnya sebagaimana yang dijazamkan al-Bukhari. Dan tiadalah dalam tasyahhud awal itu akan selawat kepada Nabi SAW, sedang pada tasyahhud akhir ia sunnah.

11- Bermula solat itu adalah dengan takbiratul ihram, tiadalah sebarang zikir, doa atau bacaan tertentu sebelum takbir dan berakhirnya solat dengan salam. Dan salam itu diberi ke kanan dan ke kiri dengan berkata "assalamu'alaikum warahmatullah", adapun tambahan "wabarakatuh" adalah munkar, tidak thabit. Salam pertama ke kanan adalah fardhu dan wajib manakala salam kedua ke kiri adalah sunat. Disunnahkan untuk berpusing ke kanan atau ke kiri akan imam itu seraya mengadap makmum, kemudian berzikir dengan zikir yang thabit selepas solat secara siir (perlahan-lahan) dan dibolehkan bagi imam itu menjaharkan zikir sekiranya untuk mengajar, sesetengah fuqaha' membolehkan zikir itu dilakukan secara jahr - bagi imam atau makmum - walaupun bukan dengan sebab mengajar. Adapun berzikir secara kolektif  (berjamaah) dengan seorang ketua tiada asalnya daripada Salaf dan tidaklah sunnah. Kemudian berdoa selepas selesai zikir sekiranya mahu secara sendiri tidak menjadi masalah.

Sekian untuk himpunan #1
Abu Ismail Muhammad Fathi Ali al-Tabib 
Iskandariah / Mesir / 24 Sept 2011
http://www.facebook.com/notes/fathi-al-sakandary/himpunan-status-facebook-ringkasan-sifat-solat-nabi-saw-1/160110980743771