Friday, November 20, 2009
Peperiksaan: TEORI vs PRAKTIKAL
Aku terpanggil untuk berbicara sebentar cuma. Kali ini aku nak bercerita pasal peperiksaan. Tak kisahlah peperiksaan apa sekalipun, namun aku hanya tumpukan soal peperiksaaan keduniaan.
Aku melihat "tren" orang menduduki peperiksaan ada pelbagai cara. Aku melihat ada yang bersungguh-sungguh menjawab setiap inci soalan mengikut pemahaman dan nota minta soalan. Ada pula aku lihat orang menduduki peperiksaan sekadar nak ambil periksa sahaja. Dan ada juga yang aku lihat macam tak mau ambil periksa...duduk di kerusi dan tidur dan hantar kertas jawapan kosong bila dah habis masa yang diperuntukkan. Aku rasa...kesemuanya telah aku laksanakan dan aku hayati bagaimana suasana dan situasinya.
Aku cuba merungkai sedikit kisah pasal peperiksaan ini. Dulu aku melihat dan aku amati, orang dulu-dulu di abad lampau, mereka menduduki peperiksaan kerana ingin menguji keupayaan apa yang mereka pelajari. Namun aku melihat di abad ini pula, aku rasa orang sekarang menduduki peperiksaan kerana terpaksa. Pengamatan aku pada masa sekarang, kesungguhan orang dalam mengambil peperiksaan amat mendukacitakan. Aku merasakan mereka mendudukinya bukan kerana nak uji keupayaan namun nak pastikan mereka telah duduk peperiksaan. Aku tidak menyangkal yang ada orang sekarang yang bersungguh-sungguh nak diperiksa akal dan keupayaannya namun aku melihat dan amati hanya sedikit dan boleh dikira dengan jari. Mungkin nak kejar pangkat, atau nak tambah pergerakan gaji atau mungkin nak lihatkan mereka hebat...MUNGKIN!
Namun aku rasalah...peperiksaan sekarang inilah yang mengubah sistem ujian keupayaan orang sekarang. Maksudnya, peperiksaan sekarang ini macam nak lihat orang tu hebat tak dalam soal "teori". Aku tak nampak peperiksaan itu lebih berkisar kepada praktikal. Ada orang yang baru keluar dari universiti dan kerja dan duduk peperiksaan dan dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan hebat. Dan ada juga yang sebaliknya. Namun aku lebih banyak melihat orang lama yang keluar dari universiti bila menjawab peperiksaan...langsung tiada upaya menjawab peperiksaan itu dengan baik. Aku cuba menyelami persoalan ini....dan aku rasalah...soalan itu memangnya TEORI bukannya PRAKTIKAL. Orang BARU menjawab mudah kerana soalan itu MAKANANNYA...tapi orang LAMA menjawabnya susah kerana soalan itu bukan ZAMANNYA. Kerana orang LAMA terlalu sibuk dengan gerak kerja PRAKTIKAL dan sukar nak kenal TEORI tapi orang BARU penuh dengan TEORI bukannya PRAKTIKAL.
Ada satu perkara lagi....Aku cuba memerhati dan menyelami tentang kebenaran kata-kata orang pasal peperiksaan sekadar peperiksaan bukannya peperiksaan untuk peperiksaan. Orang kata "Kita jawab peperiksaan ini belum pasti lulus walaupun kita jawab dengan betul 100%, kalau bukan rezeki kita". Aku menjadi heran bagaimana kata-kata ini terkeluar. Mungkin pengalaman atau imaginasi mereka. Namun aku tertanya-tanya...kalau imaginasi...takkan ada kata-kata macam itu sebab kata-kata itu penuh dengan sindiran dan keluhan perasaan. Mungkin peperiksaan sekarang, pada hemat aku....... "peperiksaan sekadar peperiksaan". Sebab apa? Aku andaikan ada kemungkinan wujud sistem "kota" untuk orang yang ambil periksa untuk LULUS peperiksaan. Maksudnya kalau 10 orang sahaja yang perlu lulus di sesuatu tempat...kalau dah capai 10 orang, orang ke 11 pastilah GAGAL. Itupun berdasarkan kata-kata orang. Mungkin ada benar dan salah kata-kata itu. Dan kalau itulah jawabnya...pastinya orang pertama hingga 10 yang diperiksa kertasnya dan betul jawapannya atau mungkin tidak diperiksa pun...pasti LULUS. Kalau itu yang berlaku benarlah peperiksaan itu sekadar TEORI bukan PRAKTIKAL. MUNGKIN!!!!!!!!
Labels:
Saja-saja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment