Aku rasa terkilan dengan sikap umat Islam zaman ini. Mereka macam sukar nak bezakan yang mana hukum dan mana tak hukum, yang mana perlu ikut dan yang mana tak perlu ikut. Macam ada batu penghalang. Mungkinkah ini yang dimaksudkan dengan satu maksud hadis yang menceritakan bahawa umat Islam terbahagi kepada 72 puak dan hanya 1 puak yang masuk Syurga iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan bila kita cerita apa itu Ahli Sunnah Wal Jamaah mesti kita semua kata itulah puak-puak yang menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan dan pasti mereka kata sumber lain yang bercanggah dengan keduanya adalah tertolak.
Namun aku tak mengerti apa yang kita fikirkan kerana aku ini bukannya seorang ulama' atau seorang yang bergelar ustaz atau seorang yang hebat dalam hukum hakam agama. Cuma aku hanya nak tahu apakah ada perbezaan fahaman atau ideologi atau aqidah yang keluar daripada pandangan 4 mazhab itu?
Dan pastinya kita cakap...keempat-empat mazhab itu mengikut sunnah yang keluar daripada Rasulullah melalui para sahabat, tabi' dan tabi' tabi'in. Dan pastinya kita kata keempat-empat mazhab itu mempunyai perbezaan amalan fikh dan semua amalan yang diketengahkan sumbernya pastilah dari Al-Quran dan Hadis.
Apa yang menjadi ketakutan kepada aku...kita macam dah mula nak mempertikaikan kehebatan 4 mazhab ini sedangkan 4 orang yang membentuk mazhab ini tidak pernahpun mempertikaikan pandangan sesama mereka. Sebab pada aku...mereka masih satu aqidah cuma berbeza dari segi cara pengamalannya tapi masih juga bersumberkan Al-Quran dan hadis.
Apapun amalan yang datangnya dari 4 mazhab itu tidak ada salahnya diamalkan oleh sesiapapun selagi mana tiada amalan yang dipanggil bid'ah yang sememangnya tiada sumber daripada 4 mazhab itu sendiri apatahlagi dari Rasulullah. Apa yang aku tahu...kalau berkaitan agama...kembalikan kepada Rasulullah tapi kalau pasal dunia...kita yang labih tahu perkembangannya. Sebab itu...sumber agama adalah Al-Quran dan Hadis. Bukankah kita telah dipesan...kalau kita berselisih faham dan tiada jalan penyelesaian berkaitan agama...kembalikan kepada Allah dan RasulNya iaitu Al-Quran dan Hadis bukannya guna akal dan nafsu sendiri. Berhujahlah dengan sumber Al-Quran dan Hadis yang juga hujah bagi 4 mazhab tersebut.
Wallahua'lam bissawab.
No comments:
Post a Comment