Thursday, October 18, 2012

REKAYASA BANGKAI BERNYAWA

Aku mencari sesuap nasi di lorong-lorong perit
Sebagai penguat tenaga dan penentu diri
Atas kehidupan imbuhan cetusan hati
Lantas aku lancarkan ketegasan tersendiri
Agar jangan melawan takdir yang telah terpatri                                                 
Kerana engkau akan menempuh mati

Bangun dan bangkitlah wahai nyawa
Hidup kita hanya sementara
Atas kapasiti cetusan rapuhan jiwa
Dinukilkan bersama gelombang syaitan durjana                                                 
Setara hasutan dan rogolan jenaka
Bernafsu mencetuskan tengkorak bernyawa

Wahai dunia dan manusia sejagat raya
Sedarilah bahawa dirimu sendiri puncanya
Engkau makan ulat-ulat berdarah                                                                         
Engkau minum jentik-jentik bernanah
Engkau bergerak  atas kaki-kaki tempangnya
Menunggu peluru dan panah terarah                                                                   
Menyebarkan virus mematahkan tenaga                                                  
Mati dan tidak bernyawa engkau yang rasa                                                         

Di mana engkau letakkan jiwa dan raga
Semua larangan menjadi suka
Syabu dan gam benda jenaka
Heroin dan ganja makanan segera
Morfin dan ubat batuk minuman gembira                                                           
Sejenak ketawa terbahak-bahak
Sejenak menangis bertangis tangisan
Sejenak senyum mengalahkan kambing

Aduhai bangsa dan negara
Berjuta-juta wang telah dibelanja                                                                          
Hanya memperbaiki bangkai bernyawa
Tidak pernah mengenal erti penat lelah
Semua tenaga dicurah tidak terkira
Tinggal menunggu keajaiban dunia
Yang pastinya akan dikecapi selangkah demi selangkah                                     
Antara realiti dan fantasi dalam fatamorgana
Dan kembalilah pada agama
Engkau akan hidup aman sejahtera                                                                       

P/S: Telah dideklamasikan dalam Karnival PPDa 2011

ANDA STRESS KER?

Adakah ANDA STRESS... Mari kita uji

Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4




Gambar 5
Gambar 6



JIKA PERGERAKAN TERLALU LAJU... INI MENUNJUKKAN ANDA PADA TAHAP STRESSSSSSSSS!!!

INGAT!!!! Ini sekadar ujian tidak bertauliah dan sekadar suka-suka...




Printer yang mengunakan CISS Tank (Continous Ink Supply System)

Adakah anda pengguna printer yang mengunakan CISS Tank (Continous Ink Supply System)? 
Jika Ya, maka semestinya anda akan mengalami masalah "Ink Counter" atau pun printer anda akan memaparkan status error pada panel paparan. Masalah Ink Counter berlaku di sebabkan printer tidak dapat mengenalpasti isipadu dakwat yang terdapat dalam cartridge.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu reset status printer anda dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

Cara 1: Menggunakan SERVICE MODE
  • Jika printer anda terpasang (ON), sila matikan dahulu.
  • Tekan tombol Stop/Reset, jangan dilepaskan.
  • Tekan tombol ON dan tunggu sehingga lampu hijau menyala, jangan dilepaskan.
  • Lepaskan tombol Stop/Reset, kemudian tekan tombol Stop/Reset sebanyak dua (2) kali.
  • Lepaskan tombol ON.
  • Tunggu sehingga skrin paparan pada printer memaparkan angka 0.
  • Tekan lagi Tombol Stop/Reset sebanyak empat (4) kali.
  • Tekan tombol ON, printer akan memutarkan pemutar kertas beberapa saat dan printer akan mati secara automatik.
  • Buka kembali printer anda dengan menekan tombol ON.
  • Tahniah, anda telah berjaya reset status printer anda. Jika masih terdapat masalah "Ink Counter" sila ulangi langkah-langkah di atas.

Cara 2: Menggunakan Resetter (UPDATE)
  • Muat turun Resetter.
  • Sediakan kertas di printer sebanyak 2 helai (diperlukan semasa proses dijalankan).
  • Jika printer anda terpasang (ON), sila matikan dahulu.
  • Tekan tombol Stop/Reset, jangan dilepaskan.
  • Tekan tombol ON dan tunggu sehingga lampu hijau menyala, jangan dilepaskan.
  • Lepaskan tombol Stop/Reset, kemudian tekan tombol Stop/Reset sebanyak dua (2) kali.
  • Lepaskan tombol ON.
  • Tunggu sehingga skrin paparan pada printer memaparkan angka 0.
  •  Apabila skrin paparan pada printer menunjukkan paparan 0, maksudnya anda kini berada di dalam SERVICE MODE.
  • Run program ServiceTool.exe  as administrator jika anda menggunakan sistem operasi Windows Vista atau Windos Seven.
  • Klik "MAIN" dan printer akan mencetak satu halaman dengan tulisan "D=000.0".
  • Klik "EEPROM Clear".
  • Seterusnya klik "EEPROM" dan printer akan mencetak satu lagi halaman. Salah satu baris hasil cetakan ialah "TPAGE(TTL=00000 COPY=00000)".
  • Matikan printer dengan menekan tombol POWER.
  • Hidupkan semula printer.
  • Tahniah, anda telah berjaya reset status printer anda.
 ****************************************************
  • Masalah yang perlu difahami dengan printer seumpama ini (serta solutionnya);

    E2-2 = Out of paper (ASF)
    • Reload kertas dalam Auto Sheet Feeder dan tekan BLACK atau COLOR.
    E3-3 = Paper jam
    • Maybe tersekat, alihkan kertas, letak kertas betul2 kat printer dan tekan BLACK atau COLOR
    E4 = Ink has run out
    • Jika proses printing sedang berlangsung dan korang nak teruskan print, tekan STOP/RESET selama 5 saat dengan cartridge dipasang. Proses printing boleh diteruskan walaupun ink dah nak habis. Fungsi untuk detect ink akan disabled.
    E5-5 = The FINE Cartridge cannot be recognized.
    • Sebab;
    1. Cartridge tak dipasang dengan betul - Buka cartridge dari printer, pastu pasang balik. Kalau LED masih tunjuk code E5-5, buat berulang kali sampai code dia 1(bersedia)
    2. Cartridge tak compatible dengan printer - Tukar cartridge baru
    3. Limpahan ink (printer x boleh detect cip cartridge yang dicemari ink) - Cuba bersihkan lebihan ink(tapi hati2 ye sebab cip cartridge terlalu sensitif dan kene bersihkan dengan tisu atau kain khas)
    E7 = FINE Cartridge is not installed in the correct position
    • (sama dengan solution E5-5)
    E8 = Ink absorber is almost full
    • Tula, rajin sangat dok menyedut ink sampai tak ingat ink dah nak penuh(boleh menyebabkan limpahan)
    • Tekan BLACK atau COLOR untuk teruskan print
    E15 = Ink cartridge is not installed
    • (sama dengan solution E5-5)
    E16 = Ink remaining is unknown (cannot be detected)
    • Tekan STOP/RESET selama 5 saat dengan cartridge dipasang. Proses printing boleh diteruskan Fungsi untuk detect ink akan disabled.
    E27 = Waste ink absorber full or platen waste ink absorber full
    Error yang ni buat kepala aku serabut. Selepas aku google cari solution, rupa2nya kita kene Reset printer.

Wednesday, October 17, 2012

KURMA DAGING

Bahan-bahannya
1 kati daging..(600gram)dipotong..
3 bungkus rempah kurma..(kecil)
1 biji kelapa..(santan diasingkan yang pekat & cair)
1 biji bawang besar..(dibelah 6)
2 biji cili merah..(dipotong untuk hiasan)
2 biji kentang (dibelah 4)
1 asam keping..

Bahan hirisan
1 inci halia..
5 biji bawang merah..
4 ulas bawang putih..

Bijian rempah
2 biji buah pelaga..(ketuk sedikit)
1 inci kayu manis..
1 kuntum bunga lawang..
3 kuntum bunga cengkih..


Cara-caranya:
Mula-mula... kacaukan rempah kurma dengan sedikit air di dalam mangkuk....
Panaskan minyak... masukkan bahan hirisan & bijian rempah..
Tumis hingga wangi & kekuningan... setelah garing... masukkan rempah yang telah dicampur dengan air tadi & kacau sehingga rempah naik minyak.....
Kemudian masukkan daging... kacau hingga sebati...
Masukkan santan cair & kentang... biarkan sehingga daging & kentang empuk di atas api sederhana..
Kemudian masukkan santan pekat...
Setelah mendidih... masukkan bawang besar, cili merah, garam & asam keping...
Biarkan beberapa minit...(2-3 minit)
siap!!

Aduhai... Jadikanlah Aku Bukan Macam Mereka

-->
Aduhai... Jadikanlah Aku Bukan Macam Mereka

Mereka beranggapan
Demokrasi itu indah
Padahal pemimpinnya berkuku besi penuh betina

Mereka beranggapan
Berparti itu kesatuan
Padahal perpecahan dan asobiyah berkebangsaan

Mereka beranggapan
Hiburan itu keamanan jiwa
Padahal penggerak dan penyangak-penyangak syaitan bersekedudukan

Mereka beranggapan
Al-Quran dan hadis itu panduan hidup
Padahal hanya sebagai bahan kalungan ajaib di leher
Padahal sebagai bahan mengkayakan diri
Semuanya diambil secara terpilih-pilih
Yang terasa menguntungkan... bagus baginya
Yang terasa merugikan... diamkan saja
Yang terasa mengenyangkan... sebar-sebarkan
Yang terasa menyakitkan... dinyatakan khilaf
Sedangkan mereka sebenarnya terleka
Pada ajaran nenek moyangnya
Pada cintanya... dunia
Pada kasihnya... nafsu

Mungkinkah mereka beranggapan
Aku akan hidup sampai bila-bila
Aku akan muda sampai bila-bila
Aku akan kaya sampai bila-bila
Aku akan sihat sampai bila-bila
Aku akan lapang sampai bila-bila

Maka Aduhai...
Jadikanlah aku bukan macam mereka

Monday, July 30, 2012

KEMBALILAH… KEMBALILAH…

Lama sungguh mereka melangkah
Melalui tembok-tembok dosa
Di celah-celah batuan duka
Terhimpit dengan dindingan cinta
Pasrah di bawah awangan harta
Merabah-rabah kegelapan kuasa
Bila berlari terpijak duri durjana
Tersisip pada tangannya jam jangka
Pada telinganya anting-anting berdarah
Panas pada tangannya…
Sejuk pada telinganya…
Namun kakuh seluruh anggota badannya
Mana mungkin mereka terhina
Pada mata-mata layu umpama dia
Pada hati keras merana dosa
Pada suara garau membisu hina
Pada kebusukan yang sentiasa ada
Mereka tahu apa hendaknya
Namun mereka cuba melupakan sang pencipta
Pada jiwa yang telah mati sebelum mati
Pada nafsu yang hidup subur sebelum hidupnya
Mati tiada ertinya
Hidup tiada bermakna
Kerana…
Mereka sememangnya dilupakan dan lupa semahunya
Pada kuasa segala kekuasaan
Pada pemberi segala pemberian
Pada kasih sayang segala kesayangan
Yang sememangnya hak segala haknya
Yang tiada tertanding sampai bila-bila…

MNP/240712/smkjpt/1049am

Saturday, July 28, 2012

Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan

Amalan Wanita Yang Didatangi Haid Dalam Bulan Ramadhan.

Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Amalan%20Ramadhan/4.htm


Antara soalan yang lazim dikemukakan oleh para muslimah adalah bagaimana mereka dapat memanfaatkan bulan Ramadhan apabila didatangi haid. Ini kerana apabila mereka didatangi haid, mereka tidak boleh berpuasa, tidak boleh bersolat – khasnya solat tarawih dan tidak boleh membaca al-Qur’an. Lalu apakah yang boleh mereka amalkan agar hari-hari Ramadhan tidak berlalu begitu sahaja ketika mereka didatangi haid?

Penulis menjawab, kalian boleh membaca al-Qur’an ketika haid. Jawapan ini secara automatis dibalas dengan soalan: “Bukankah wanita yang didatangi haid dilarang daripada memegang dan membaca al-Qur’an?” Soalan ini memerlukan jawapan yang panjang lagi mendalam. Berikut adalah jawapan penulis tentang hukum sebenar bagi wanita memegang dan membaca al-Qur’an ketika didatangi haid, sama ada di bulan Ramadhan atau selain Ramadhan.


Pertama: Hukum wanita yang didatangi haid memegang al-Qur’an.

Umumnya terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh. Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:

(al-Qur’an) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.[al-Waqiah 56:79]


Diikuti dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[1]


Manakala bagi pendapat kedua, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersetubuh. Adapun hukum memegang al-Qur’an, tidak ada dalil tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.

Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:

Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [al-Waqiah 56:77-80][2]


Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat “fii Kitabim-maknun” bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[3] Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz, di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.


Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.


Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci daripada najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci daripada hadas besar seperti haid dan junub, dan suci daripada hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:

Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28]


Oleh itu perlu dicari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat di Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru kemungkinan yang besar adalah surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam.


Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an.

Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an.


Kedua: Hukum wanita yang didatangi haid membaca al-Qur’an.

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid.[4]

Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah dha‘if. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah (676H):[5]


Adapun hadis Ibn Umar: “Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid” , maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha‘if, didha‘ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha‘ifan yang terdapat padanya adalah jelas.


Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[6] Namun hal ini dianggap tidak tepat kerana dua sebab:

Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (‘illat). Adapun haid, maka ia adalah sesuatu yang wujud secara lazim pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila pada zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haid daripada membaca al-Qur’an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum yang baru.


Haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.

Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[7] Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang wanita, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang melarang sesuatu ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang wanita yang sedang dalam keadaan haid.


Pernah sekali Abu Hurairah radhiallahu 'anh mengasingkan diri daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:

Subhanallah! Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis.[8]


Kata-kata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis sekalipun dia dalam keadaan junub. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.


Sebagai rumusan kepada kupasan ini, berikut dinukil kata-kata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H):[9]


Sesungguhnya para wanita mereka mengalami haid pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka seandainya membaca al-Qur’an diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi. Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sememangnya tidak haram.


Kesimpulan:

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2]


Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur’an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur’an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur.


[1] Sahih: Hadis daripada ‘Amr bin Hazm radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Itihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf ‘ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld. 1, ms. 77-82.

[2] Ayat yang sama ini juga digunakan oleh mereka yang berpendapat wajib berwudhu’ sebelum memegang al-Qur’an, baik bagi lelaki atau wanita. Berdasarkan penjelasan yang sama di atas, dapat diketahui bahawa tidaklah tepat untuk menggunakan ayat ini sebagai dalil wajib berwudhu’. Oleh itu yang benar adalah, boleh memegang dan membaca al-Qur’an sekalipun tanpa berwudhu’.

[3] Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabi‘in sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Thabari dalam Jamii al-Bayan (Dar al-Fikr, Beirut 1999), riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi - Al-Nukatu wa al-‘Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut), jld. 5, ms. 463-464.

[4] Dha‘if: Hadis daripada ‘Abd Allah ibn Umar radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Daruquthni dan lain-lain. Ia memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya dha‘if. Shaikh al-Albani tidak menjadikannya penguat antara satu sama lain manakala Badri ‘Abd al-Samad berpendapat ia saling menguat sehingga dapat diangkat ke taraf hasan (hasan lighairihi). Lihat Irwa al-Ghaleel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktabah al-Islami, Beirut), hadis no: 192 dan al-Ittihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf, jld 1, ms 83-84.

[5] Majmu’ Syarh al-Muhazzab (Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld. 2, ms. 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).

[6] Lihat Majmu Syarh al-Muhazzab jld. 2, ms. 267-268 (Kitab Haid, berkata al-Musannif: “Dan dilarang atasnya membaca Qur’an….”).

[7] Lihat al-Kasani – al-Bada‘i al-Sona‘i (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 1982), jld. 1, ms. 38 (Bab permasalahan adab-adab wudhu’).

[8] Sahih: Ringkasan hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan (Fu‘ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – hadis no: 210.

[9] Majmu al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld. 26, ms. 191. Lihat juga pembahasan Ibn Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut), jld. 1, ms. 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur’an dan bersujud dan menyentuh mushaf).

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Amalan%20Ramadhan/4.htm

Saturday, June 9, 2012

gulai tempoyak ikan kembung




(bahan2)
3 ekor ikan kembung...
5 sudu tempoyak ..(sederhane masam)
1 batang serai.. (dititik)
1 sudu besar gula..
1 sudu teh serbuk kunyit..
garam secukup rasa..
1 1/2 cawan air

(bahan tumbuk)
3 biji bawang kecil..
6 biji cili api..(mengikut selera)


(cara2nya)
di dalam periuk...masukkan air..bahan tumbuk..serai..tempoyak & serbuk kunyit ..
masak di atas ape sederhana sehingga mendidih...
kemudian masukkan ikan ..garam & gula...
setelah cukup rasa masam.. manis & garam..tutup api & hidangkan....

p/s:ikan boleh digantikan mengikut jenis kesukaan masing2...

rujukan ~ http://seleramelayuaeshira.blogspot.com/search?updated-max=2010-04-02T09:27:00-07:00&max-results=4

Thursday, May 10, 2012

Mendapatkan Kembali Folder Options

Mendapatkan Kembali Folder Options


Pada kebiasaannya bila anda buka My Computer, akan terdapat menu Tools > Folder Options. Namun jika komputer anda baru sahaja terkena serangan virus, mungkin Folder Options ini akan hilang. Untuk mendapatkannya kembali, anda boleh gunakan Registry Editor ataupun Group Policy Editor. Ikuti salah satu dari mana-mana langkah berikut:

Menggunakan Registry Editor (regedit)
1. Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter untuk melancarkan Registry Editor.
2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
3. Cari NoFolderOptions dan tukarkan nilainya kepada 0.
4. Restart komputer.

Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)
1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\Windows Components\Windows Explorer
3. Pada bahagian kanan, double-click pada Remove the Folder Options
4. Tetapkan nilainya kepada Not Configured.
5. Restart komputer.

Saturday, May 5, 2012

Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid

oleh: Hafiz Firdaus Abdullah
http://hafizfirdaus.com/ebook/KemurnianTauhid1/Topik5.htm

Berjumpa Dengan Bomoh.

Di antara perbuatan yang mencemari kemurnian tauhid ialah berjumpa dengan bomoh, dukun, pawang, penilik nasib atau sesiapa jua yang mendakwa mengetahui ilmu-ilmu ghaib.



Berjumpa dengan orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dapat mencemari kemurnian tauhid kerana pengetahuan tentang ilmu ghaib hanya milik Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu ghaib ialah pengetahuan yang tidak dapat diperolehi melalui deria manusia, seperti khabar yang akan datang, isi hati manusia dan peristiwa yang tersembunyi. Pengetahuan tentang ilmu-ilmu ini hanya dimiliki oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana firman-Nya:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib,tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja" [al-An’aam 6:59]

Katakanlah: “Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” [al-Naml 27:65]


Pengetahuan tentang ilmu ghaib juga tidak diketahui oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Allah Subhanahu wa Ta‘ala menerangkan hakikat ini:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.

Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan.” [al-A’raaf 7:188]


Apa-apa ilmu ghaib yang diketahui dan dikhabarkan oleh Rasulullah di dalam hadis-hadis baginda yang sahih seperti kejadian pada akhir zaman, kehidupan di alam kubur, suasana Hari Akhirat dan sebagainya, semua itu adalah daripada apa yang dikhabarkan oleh Allah kepada baginda:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya(untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya).[al-Jin 72:26-27]


Oleh itu sesiapa yang mendakwa dirinya mengetahui ilmu ghaib, dia seorang pendusta. Lebih dari itu dia sebenarnya cuba menjadi sekutu bagi Allah dengan meletakkan dirinya sejajar dengan keilmuan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Oleh kerana itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang kita daripada mengunjungi orang-orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib. Seorang sahabat, Muawiyah bin al-Hakam radhiallahu 'anh pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

يَا رَسُولَ اللَّهِ! أُمُورًا كُنَّا نَصْنَعُهَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ كُنَّا نَأْتِي الْكُهَّانَ. قَالَ: فَلاَ تَأْتُوا الْكُهَّانَ.

“Wahai Rasulullah! Ada perkara yang kami lakukan semasa zaman Jahiliyyah (seperti) mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.”
Rasulullah menjawab: “Jangan mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis no: 537-1 (Kitab al-Salam, Bab larangan menilik nasib…)]

Dalam hadis di atas, orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dikenali sebagai (الْكُهَّانُ). Perkataan (الْكُهَّانُ) atau (كَهَنَةٌ) adalah jamak daripada perkataan (كَاهِنٌ). Al-Allamah Syam al-Haq Abadi menjelaskan: [Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud (Dar al-Fikr, Beirut, 1995), jld. 10, ms. 317-318]


Disebut di dalam al-Lisan (oleh Ibn Manzur) bahawa ia adalah orang yang memperoleh khabar daripada alam sekelilingnya tentang hal-hal yang akan berlaku dan mendakwa mengetahui perkara-perkara rahsia …… maka di antara mereka ialah orang-orang yang mendakwa memiliki jin yang mengikuti mereka dan menyampaikan khabar kepadanya dan di antara mereka ialah orang-orang yang mendakwa mengetahui sesuatu urusan berdasarkan pendahuluan sebab-sebab yang menunjuk ke arahnya melalui perkataan atau perbuatan atau hal tertentu. Berkata Ibn Atsir, sabda baginda: “Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib” merangkumi bomoh, tukang ramal dan penilik nasib.

Larangan mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib adalah larangan yang besar sebagaimana hadis berikut daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً.

Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh malam.[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis no: 2230 (Kitab al-Salam, Bab larangan menilik nasib…). Hadis ini tidaklah bermaksud orang itu tidak perlu bersolat selama 40 malam. Dia tetap wajib mendirikan solat seperti biasa sebagai kewajipan dirinya. Hanya dia tidak menerima pahala daripada solat itu.]

Perkataan (عَرَّافًا) yang disebut di dalam hadis di atas memiliki maksud yang hampir sama dengan (الْكُهَّانَ) yang disebut dalam hadis sebelumnya. Muhammad bin Shalih al-Utsaimin menerangkan:[Qaul al-Mufid ‘ala Kitab al-Tauhid (Dar Ibn al-Jauzi, Riyadh, 1424H), jld. 1, ms. 532]

Dikatakan, (العَرَّاف) adalah (الكَاهِن), iaitu orang yang sering memberitahu tentang khabar yang akan terjadi. Ada yang mengatakan ia adalah nama umum meliputi dukun, ahli nujum dan orang-orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.


Perhatikan semula hadis di atas, Rasulullah tetap melarang kita mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib atau bertanya sesuatu kepadanya sekalipun kita tidak mempercayai apa yang dikatakan olehnya. Terdapat beberapa sebab di sebalik larangan ini:

1. Pengetahuan tentang ilmu ghaib hanya diketahui oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Apabila seseorang itu mendakwa dirinya mampu mengetahui ilmu ghaib, maka dia meletakkan dirinya sejajar dengan Allah.

2. Apabila seorang muslim mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, bererti dia mengiktiraf orang tersebut sebagai mampu mengetahui hal ghaib. Sepatutnya seorang muslim menolak orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan tidak mengunjunginya kecuali untuk memberi nasihat akan kesalahan tindak tanduknya.

3. Sekalipun pengunjung pada awalnya tidak mempercayai khabar yang diberikan oleh orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, dia kemudian akan mempercayai orang tersebut jika khabar yang diberikannya menjadi sesuatu yang benar-benar berlaku. Ini akhirnya akan mengakibatkan pengunjung membenarkan apa yang dikhabarkan oleh orang tersebut.

Akhir sekali, jika seseorang itu membenarkan khabar orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, ia membawa natijah yang amat berat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran yang keras dalam hal ini:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ أَوْ أَتَى امْرَأَتَهُ حَائِضًا أَوْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا فَقَدْ بَرِئَ

مِمَّا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ.

Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lalu membenarkannya atau menyetubuhi isterinya yang sedang haid atau menyetubuhi isterinya dari duburnya, maka dia telah lepas (keluar) daripada apa yang diturunkan ke atas Muhammad (yakni Islam).[Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 3904 (Kitab al-Tibb, Bab berkenaan penilik nasib)]


Di Malaysia, orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, atau ringkasnya bomoh [Bomoh itu sendiri terbahagi kepada dua jenis: 1. Mereka yang hanya melibatkan diri dalam perubatan tradisional dan mengurut tanpa ada apa-apa kaitan dengan ilmu ghaib. Perbincangan dalam bab ini tidak melibatkan bomoh jenis pertama ini. 2. Mereka yang seperti jenis pertama, akan tetapi terlibat sama dengan perkara-perkara ilmu ghaib. Contohnya di samping memberi perubatan tradisional, mereka mendakwa bahawa sakit yang menimpa itu adalah buatan orang. Perbincangan di atas merujuk kepada bomoh jenis kedua ini], terbahagi kepada dua kategori:

Bomoh Kategori Pertama:

Bomoh kategori pertama adalah mereka yang tidak mengetahui apa-apa ilmu ghaib tetapi bijak membuat khabar sehingga dipercayai oleh orang yang mengunjungi mereka. Khabar-khabar yang disampaikan oleh bomoh dalam kategori ini sudah ditentukan sejak awal lagi. Berikut lima contoh yang paling lazim berlaku:

1. Jika orang yang mengunjunginya bertanya tentang barang berharga yang hilang, jawapan yang akan diberikan ialah: “Ia diambil oleh seseorang yang rapat lagi dipercayai.”

2. Jika isteri bertanya tentang sikap suaminya yang akhir-akhir ini berubah, jawapan yang akan diberikan ialah: “Suami kamu sudah ada girlfriend yang baru di hatinya.”

3. Jika suami bertanya tentang sikap isterinya yang akhir-akhir ini berubah, jawapan yang akan diberikan ialah: “Isteri kamu telah kembali dengan boyfriend lamanya.”

4. Jika seseorang ingin mencari pasangan hidup yang sesuai yang masih belum ditemuinya, jawapan yang akan diberikan ialah: “Ada sial yang menghalang diri kamu daripada dilihat oleh orang lain.” Ubatnya ialah mandi bunga.[Lebih lanjut tentang amalan Mandi Bunga, rujukan risalah Mandi Bunga: Suatu Analisis oleh Hazman Hassan yang terdapat dalam buku saya Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 2) terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2005.]

5. Jika seseorang menghadapi satu penyakit aneh atau mimpi yang bukan-bukan, jawapan yang akan diberikan ialah: “Ia adalah buatan orang yang rapat lagi dengki kepada kamu.”


Ada beberapa cara untuk mengenali bomoh kategori pertama ini selain daripada jawapan-jawapan di atas yang bakal diberikannya:

1. Mereka akan memulakan “upacara” dengan bacaan al-Qur’an dan zikir-zikir tertentu. Ini hanyalah solekan bagi memberi pengaruh palsu kepada pengunjung bahawa mereka sebenarnya membuat “upacara” yang selari dengan Islam.[Dengan itu juga para pembaca sekalian perlu berhati-hati dengan bomoh yang berselindung di sebalik watak ustaz, syaikh, wali dan sebagainya.]

2. Mereka akan berlakon seolah-olah sedang berfikir dalam penuh kekhusyukan. Dahi dikerut-kerutkan dan mata dipejamkan, sekali lagi untuk memberi pengaruh palsu kepada pengunjung bahawa mereka sedang bersungguh-sungguh untuk membantu.

3. Khabar atau jawapan yang akan diberikan dengan nada yang perlahan tetapi serius untuk memberi pengaruh kepada pengunjung bahawa mereka juga serius dalam khabar atau jawapan tersebut. Ini akan memberi keyakinan kepada pengunjung bahawa apa yang dikhabarkan adalah benar.

4. Di akhir “upacara”, mereka tidak akan meminta apa-apa bayaran. Ini kononnya akan menunjukkan keikhlasan usaha mereka sehingga berjaya mendapat simpati pengunjung. Pengunjung akhirnya akan memberi sedikit bayaran seperti RM50 atau RM100. Akan tetapi jika diberi bayaran yang amat sedikit, seperti RM5, si-bomoh akan menunjukkan air muka yang kurang senang atau mungkin juga akan berkata-kata sesuatu umpama: “Terima kasih nak (anak) atas duit lima ringgit ni. Pak cik memang memerlukannya, lebih-lebih lagi sekarang harga minyak pun dah naik, harga sayur pun dah naik. Pak cik sendiri dah lama tak makan daging. Hari-hari nasi dan ikan masin sahaja.”


Bomoh Kategori Kedua:

Jika bomoh kategori pertama hanya memberi khabar berbentuk umum yang sudah disiapkan sejak awal, bomoh kategori kedua pula mampu memberi khabar secara tepat lagi terperinci. Ini dapat dilakukan dengan bantuan jin kafir atau jin fasiq yang mereka pelihara. Oleh itu jika seorang muslim mengunjungi mereka dengan masalah-masalah yang sama di atas, bomoh dalam kategori ini akan mampu memberi jawapan yang tepat lagi terperinci hasil daripada pemberitahuan jin peliharaannya.

Sebagai contoh, jika bertanya tentang dompet yang hilang, bomoh kategori ini akan menjawab:

“Ia diambil oleh rakan kerja yang duduk dua meja di sebelah kanan pada hari Khamis yang lepas. Dia seorang wanita berumur 24 tahun. Pada hari itu dia memakai baju kebaya merah dengan tudung merah muda yang diikat ke belakang kepala. Dia mencuri dompet kamu kerana dengki terhadap elaun tambahan yang kamu perolehi minggu lepas. Dia ingin melihat kamu berada dalam kesusahan untuk menggantikan semula kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, kad kredit dan sebagainya yang terdapat dalam dompet.”


Demikian khabar yang sebegitu terperinci yang disampaikan oleh jin peliharaan bomoh. Akan tetapi ketahuilah bahawa khabar itu sendiri terbahagi kepada dua bahagian:

1. Khabar tentang ciri-ciri rakan kerja yang duduk dua meja di sebelah. Khabar ini memang tepat dan berjaya memberi keyakinan kepada pengunjung akan khabar yang disampaikan oleh bomoh.

2. Khabar bahawa rakan kerja itulah yang mencuri dompet kerana dengki dan ingin memberi kesusahan kepada pengunjung. Khabar ini adalah dusta.

Bentuk khabar sebegini yang disampaikan oleh jin peliharaan bomoh sudah diberitahu oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sejak lebih 1400 tahun yang lalu. A’isyah radhiallahu 'anha pernah bertanya kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللَّهِ! إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا! قَالَ: تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ

يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ.

Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lazimnya mengkhabarkan kami dengan sesuatu,
kemudian kami dapati ia adalah benar!”
Rasulullah menjawab: “Ia adalah kalimah (perkara) benar yang diambil oleh seorang jin lalu dibisikkan kepada telinga pengikutnya, kemudian dibuat tambahan padanya dengan seratus kedustaan.”[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis no: 2228 (Kitab al-Salam, Bab larangan menilik nasib…).]


Terdapat beberapa sebab jin sengaja membuat dusta:

1. Supaya berlaku pertengkaran antara dua orang Muslim. Perpecahan dan persengketaan antara orang Islam memang digemari oleh golongan jin yang kafir atau fasiq.

2. Supaya pengunjung tersebut akan meminta bomoh untuk membalas rakan kerjanya dengan sesuatu gangguan. Bomoh pada gilirannya akan mengupah jin peliharaannya untuk melakukan sesuatu gangguan kepada rakan kerja itu. Upahan yang diberikan lazimnya adalah sembelihan haiwan seperti ayam putih atau kambing putih.

3. Sebenarnya jin tidak memerlukan apa-apa sembelihan haiwan. Mereka hanya menghendaki agar sembelihan dilakukan di atas nama mereka atau kerana mereka. Apabila bomoh dan pengunjung melakukan sembelihan sedemikian, mereka telah melakukan kesalahan yang besar di sisi Allah. Inilah yang dikehendaki oleh jin tersebut, iaitu menyesatkan seorang muslim dan menjerumuskannya ke dalam kesalahan agama.


Menyembelih di atas nama selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala merupakan satu kesalahan yang besar. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَهُ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللَّهِ وَلَعَنَ اللَّهُ

مَنْ آوَى مُحْدِثًا وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ غَيَّرَ مَنَارَ الأَرْضِ.

Allah melaknat orang yang melaknat ibubapanya, Allah melaknat orang yang menyembelih kerana selain Allah, Allah melaknat orang yang melindungi seorang ahli bid’ah dan Allah melaknat orang yang mengubah sempadan tanah.[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis no: 1978 (Kitab Sembelihan, Bab larangan menyembelih kerana selain Allah …).]


Bomoh kategori kedua dapat dikenali dengan ketepatan khabar yang dikemukakan olehnya terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh pengunjung. Akan tetapi kebenaran hanyalah sedikit demi memperoleh keyakinan pengunjung. Seterusnya adalah dusta. Bomoh kategori kedua lazimnya tidak akan meminta bayaran dalam bentuk wang sahaja tetapi dilengkapi dengan persediaan dalam bentuk kebendaan seperti haiwan, telur dan sebagainya.

Hukum mengunjungi bomoh kategori kedua ini adalah jauh lebih berat daripada bomoh kategori pertama. Ini kerana mereka mendakwa mengetahui hal ghaib dengan khabar-khabar dusta yang akhirnya memfitnah orang yang tidak bersalah. Lebih dari itu pemeliharaan dan penggunaan jin akan menyebabkan bomoh dan pengunjung terpaksa melakukan amalan yang dilarang oleh Islam.


Bagaimana Jika Menggunakan Jin Muslim?

Menyentuh tentang pemeliharaan dan penggunaan jin, sebahagian pihak ada yang berkata ianya dibolehkan jika jin tersebut adalah “jin muslim”. Saya berkata, benar bahawa terdapat jin yang muslim. Hal ini dinyatakan di dalam al-Qur’an:

Katakanlah (wahai Muhammad), telah diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci)yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.” [al-Jin 72:1-2]


Namun persoalannya adalah, bagaimana kita dapat mengetahui jin tersebut adalah muslim yang shalih lagi berada di atas jalan yang benar? Ini kerana masyarakat jin itu sendiri terbahagi kepada beberapa aliran dan mazhab:

Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan (jin) yang shalih dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.[al-Jin 72:11]


Terdapat beberapa petunjuk yang dapat digunakan sebagai ukuran membezakan jin muslim yang shalih lagi berada di atas jalan yang benar:

1. Jin tersebut akan mengakui bahawa dia tidak mengetahui perkara ghaib dan apa-apa manfaat atau mudarat yang bakal berlaku. Masyarakat “jin muslim” yang diiktiraf oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengakui:

Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman)api yang menyala. Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat(perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya. Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah bala bencana akan menimpa penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka. [al-Jin 72:8-10]

2. Jin tersebut akan menasihatkan agar tidak menggunakan apa-apa khidmatnya kerana ia tidak lain hanya akan menambah dosa dan kesalahan:

Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka (manusia tersebut) dosa dan kesalahan. [al-Jin 72:06][19]

3. Jin tersebut akan menasihatkan bahawa kebanyakan daripada kalangannya lazim berdusta dengan percakapan yang indah susunannya agar dapat memperdayakan para pendengarnya:

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya [al-An’aam 6:112]

Nah! Jika jin berani berdusta dan memperdayakan para Nabi, sudah tentu mereka akan lebih berani melakukannya terhadap manusia biasa.

4. Jin tersebut akan mengingatkan bahawa menggunakan pertolongan mereka hanya akan menempah tempat di dalam api neraka:

Dan (ingatlah) Hari (Kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): “Wahai sekalian jin! Sesungguhnya kamu telah memiliki banyak pengikut-pengikut dari golongan manusia.”
Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (jin-jin),dan kami telah sampai kepada masa kami (Hari Kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami.”
(Allah berfirman): “Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya kecuali apa yang dikehendaki Allah.” Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. [al-An’aam 6:128]

5. Jin tersebut akan menerangkan bahawa menggunakan khidmat mereka hanyalah sesuatu yang dikhususkan keizinannya oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada Nabi Sulaiman ‘alaihi salam, tidak kepada manusia yang lain:

Dan Kami (Allah) kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.


Demikianlah beberapa ciri atau ukuran bagi menentukan “jin muslim” yang shalih lagi berada di atas jalan yang benar. Ringkasnya jin muslim tidak akan menawarkan apa-apa khidmat kepada bomoh atau manusia melainkan menasihatkan mereka, paling kurang, dengan lima ayat al-Qur’an yang telah dikemukakan di atas.

Saturday, April 28, 2012

SENANDUNG CINTA GILA

Kita dengar pekikan ngauman bodoh
Pada batu-bata kosong terlopong
Dikala sunyi sepertiga malam
Hanya di temankan uratan nadi menjerat
Bagaikan kelawar tidak bertaring
Mata merah bergigi kuning

Dikala sirna kelam kejahilan
Ternganga mulut sesuap nasi
Dalam tong-tong asid berlendir
Pada bayang-bayang kerdil
Berkalungkan cinta… berantai racun
Di ambang maut fatamorgana

Apakah sebenarnya itu…
Otak tahu tapi akal terkedu
Fasih berkata tapi omongan bisu
Segak bergaya tapi butang tersimpul
Senyuman manis… kerut menggerutu
Gila… segila mentari sendiri rupanya

Wahai mereka dan bangsa yang ada
Hancurnya dia… hancurlah kita
Dia leraikan genggaman tangannya
Kita terputus pergelangan kaki
Dia makan tak kenyang perutnya
Kita terkunci dalam rumah berduri
Dia terbujur kaku
Kita dicemuh berita seribu

Wahai insan satu negara
Bangun dan bangkitlah bersama
Tiada lagi senda gurau nista
Tiada lagi senandung cinta
Tiada lagi madah berbunga
Melainkan dirimu bertahta intan surga
Berhati batu… tempias bangga
Biarlah gila yang penting berjaya
Menjadi insan bergelar manusia
Ada cinta dan air mata
Pada pencipta alam buana

Friday, April 6, 2012

Panduan Memilih Pendapat Agama Untuk Orang Awam

Oleh: Ustaz Emran Ahmad

Pada hari ini umat Islam berdepan dengan kekeliruan dan kebuntuan di dalam memilih pendapat agama dan fatwa di dalam kehidupan mereka. Masalah ini tidaklah semudah sentuhan mata kerana ianya melibatkan banyak perkara termasuk berhubung kait dengan faktor individu, lokasi tempat tinggal dan pendedahan kepada perkembangan ilmu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl : 43)

Ayat di atas menjadi dalil dan pertunjuk kepada orang ramai untuk meminta fatwa atau bertanya masalah agama kepada orang alim dan mereka yang mempunyai pengetahuan agama.
Walaubagaimanapun orang ramai pada hari ini mempunyai pelbagai macam ragam dan perangai, apabila bertanya soal jawab agama pun ada di kalangan kita yang hanya mahu mengambil pendapat yang mudah dan membawa kepentingan kepada dirinya sendiri.

Misalnya suatu ketika dahulu ada seseorang bertanya kepada saya apakah hukumnya bersentuhan tangan antara lelaki dan perempuan ? apabila diberitahu kepadanya bahawa hukumnya ialah haram maka dia pun berhujah kembali akan pendapat itu dan ini untuk cuba mempertahankan pendapat keharusan bagi lelaki dan wanita untuk bersalaman atau bersentuhan tangan selama tidak syahwat.

Sebenarnya orang seperti ini sudah pun bertanya ke sana sini dan mempunyai pendapatnya sendiri tetapi mereka mahukan persetujuan daripada para ustaz atau ahli agama supaya mereka boleh mengamalkan pendapat pilihan mereka dengan senang hati. Jika kelak pendapat mereka itu dipertikaikan maka mereka pun berkata dengan angkuh : “Pendapat ini sudah pun saya tanyakan dan dipersetujui oleh ustaz sekian dan sekian.”

Masalah sikap umat Islam yang suka menjual nama ustaz, mufti dan para ulama ini sudah berlaku sejak zaman awal Islam lagi apabila wujud sebahagian umat Islam yang suka mengikut hawa nafsu mereka sanggup membuat dakwaan bahawa sesuatu pendapat itu merupakan pendapat ulama sekian dan sekian sedangkan hakikatnya ia adalah bukan dan dilakukan oleh mereka yang tidak takutkan Allah dan hari akhirat.

Pernah juga berlaku sebuah kisah benar dalam masyarakat, sepasang kekasih yang telah bercinta sekian lama namun akhirnya mendapati mereka sebenarnya mempunyai talian persaudaraan dan hubungan darah. Jika mengikut hukum Islam mereka sepatutnya harus berpisah dan haram bernikah. Namun demi menghalalkan perhubungan cinta mereka, pasangan kekasih ini kemudian memilih untuk mengikut mazhab syiah yang mengharuskan perkahwinan sedemikian.

Oleh itu jika anda bertanyakan kepada saya mengenai isu perselisihan umat Islam dan masalah memilih pendapat agama maka saya ingin sekali memulakan bicara dengan berkata sebenarnya masalah umat Islam bukanlah kerana para ustaz dan alim ulama yang berselisih di dalam isu-isu agama tetapi sikap umat islam itu sendiri yang suka mengikut hawa nafsu dan hanya mahukan “agama yang menyenangkan kehidupan duniawi dan kepentingan peribadi mereka.”

Ulama yang jahat, ustaz yang sesat dan ahli agama yang mengikut hawa nafsu sememangnya ada di dalam sejarah umat Islam sejak zaman awal Islam lagi tetapi ianya bukanlah alasan untuk anda berkata itulah punca kekeliruan umat. Ini kerana Allah SWT sentiasa mengirimkan bantuan dan hidayah-Nya berupa petunjuk yang jelas dan mampu menerangi kebathilan dan kesesatan.

Al-Quran yang kekal sepanjang zaman dan As-Sunnah dari hadis-hadis rasulullah yang terpelihara serta kewujudan para ulama Islam yang gigih dan ikhlas mempertahankan agama ini daripada kesesatan boleh dikatakan sentiasa berada di dalam masyarakat kita tanpa pernah sirna walau pun sehari melainkan diberi ganti oleh Allah SWT.

Apabila matinya para ulama’ yang gigih mempertahankan kebenaran pastinya akan ada penganti dan mereka-mereka yang menyambung tali-tali perjuangan sehingga ke hari akhirat. Justeru tiada alas an oleh orang awam untuk mengatakan bahawa banyaknya kesesatan dan kebathilan berlaku adalah disebabkan tiada ulama dan ahli agama yang mempertahankan kebenaran.

Mereka sentiasa ada di sisi anda dan berada di dalam masyarakat sebagai pejuang-pejuang kebenaran. Malangnya kewujudan mereka itu tidak dihargai oleh anda dan oleh masyarakat sekeliling dan nasihat serta pendapat-pendapat agama mereka jarang mahu didengari oleh orang ramai lantaran kerana ianya tidak memberikan kesenangan dan tidak menyokong tindakan dan perbuatan popular orang ramai.

Itulah puncanya iaitu hilangnya taqwa dan keikhlasan manusia sehingga walau kebenaran di depan mata namun ianya tidak dipedulikan. Itulah jawapan pertama saya buat mereka yang ingin mencari kebenaran dan pendapat agama yang mampu membawa kebaikan buat kehidupan di dunia dan di hari akhirat.

Taqwa dan Ikhlas

Berapa ramaikah di kalangan kita yang mahu bertaqwa kepada Allah ? Siapakah yang ikhlas hidup dan beramal di dalam kehidupan hanya kerana Allah SWT ? Ini ialah sebuah persoalan asasi buat diri saya dan anda di dalam mencari kebenaran.

Taqwa bermaksud takut dan berhati-hati di dalam kehidupan agar tetap teguh di atas agama Allah SWT. Pengertian taqwa ini pernah diungkapkan oleh seorang sahabat nabi yang terkenal bernama Ubay bin Kaab ra yang pernah ditanya oleh Khalifah Umar bin Khattab ra berkenaan maksud taqwa lalu dijawab oleh Ubay dengan berkata : “Tidakkah kamu pernah melalui jalan yang berduri?” Lalu dijawab oleh Umar dengan berkata sudah tentu. Maka Ubay pun menambah : “Apakah yang kamu lakukan ?” Maka Umar pun menjawab : “Saya melangkah dengan berhati-hati agar tidak terpijak duri.” Demikianlah kata Ubay bahawa perbuatan yang sedemikian itulah taqwa. (Lihat dalam Tafsir Ibn Katsir)

Di dalam kehidupan kita seharian, kita selalu membuat alasan demi alasan dan hari ini dengan perkembangan ilmu kita membuat alasan memilih pendapat-pendapat agama yang memudahkan dan menyenangkan kehidupan bathil, duniawi yang jauh daripada agama itu dengan alasan ianya menepati kehendak islam yang mahukan kemudahan kepada umatnya.

Ya benar, hukum Islam itu sememangnya mudah dan tidak menyusahkan tetapi bukanlah untuk disalah guna bagi melancarkan perjalanan hidup syirik, duniawi, lara dan sia-sia yang dijalani oleh kita. Jamak di antara dua waktu solat seperti Zohor dan Asar atau Maghrib dan Insyak sememangnya merupakan rukhsoh dan keringanan buat umat Islam. Namun apakah alasannya rukhsoh itu dipergunakan di atas jalan maksiat seperti dibuat oleh mereka yang malas ke masjid atau sibuk dan leka bermain game atau berdating bersama kekasih ?

Bagaimanakah pula anda mahu menjawab tentang khusyuk di dalam solat ? kemampuan solat yang didirikan itu apakah dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar ? Solat itu dibuat kerana adat dan terpaksa atau kerana demi mengharapkan keredhaan dan untuk meminta pertolongan Allah SWT ?

Realitinya kita tidak ikhlas hatta dengan diri kita sendiri.

Setiap pendapat, pegangan agama yang diucapkan oleh lidah dan lisan kita, dipromosikan oleh website dan usaha kita sebenarnya dibuat kerana ianya menguntungkan kita dan membawa kebaikan dan kesenangan kepada duniawi kita.

Jika ianya susah maka siapa yang mahu menerimanya ?

Saya selalu takjub apabila mengajar dan memberikan ceramah di mana-mana apabila ada orang berkata kepada saya bahawa dia sangat suka dengan isi ceramah yang saya sampaikan. Katanya “Saya suka dengan ceramah ustaz, saya memang mencari ceramah yang sama pendapat dengan saya.” Risaunya rasa hati ini mendengar ungkapan sebegitu.

Sikap sebegini akan membunuh kebenaran dan menutup ruang hidayah dan pertunjuk daripada Allah SWT. Kita sudah memilih dan mempunyai pendapat kita sendiri sebelum kita benar-benar memahami ilmu dan kebenaran. Ianya bukan sahaja bias bahkan boleh mempengaruhi kita untuk menolak ruang menerima ilmu baru dan menutup peluang dan potensi mendapat kebenaran daripada orang lain yang tidak kita sukai.

Jangan begitu, sebaliknya ikhlaslah dalam mencari ilmu.

Alalh SWT menyebutkan : “Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?" Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil." Tuhan berfirman: "Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup. Dan tariklah sesiapa yang kamu sanggup di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga." (Al: Isra : 62-65)

IBLIS TERNYATA AKAN MENYESATKAN MANUSIA KECUALI MEREKA YANG DIPELIHARA OLEH ALLAH SWT DAN SIAPAKAH MEREKA ITU ?

Mari kita lihat jawapannya di dalam ayat Allah swt itu sendiri.

Firman Allah yang bermaksud : “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka." (Al-Hijr : 39-40)

Firman Allah yang bermaksud : “Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.” (Shaad : 82-83)

Hanya mereka yang ikhlas terselamat daripada rencana syaitan.

Ini dibuktikan lagi di dalam Kisah Nabi Allah Yusof

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu dan andaikata dia(Yusof) tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. SESUNGGUHNYA YUSUF ITU TERMASUK HAMBA-HAMBA KAMI YANG IKHLAS.” (Yusof : 24)

Ternyata hanya mereka yang ikhlas sahaja akan terselamat daripada bencana dan perancangan Iblis yang begitu tersusun dan rapi. Lihat sahaja di dalam surah Al-Isra bagaimana Allah sifatkan bahawa Iblis itu akan menggunakan kekuatan askarnya, pasukan berkudanya yang dimaksudkan ialah kekuatan teknologi dan keilmuan serta perancangan rapi demi menyesatkan manusia. Ditaburi janji dan tipu helah dan diperdayakan dengan dunia serta isinya untuk anak-anak Adam menjadi syirik seperti Iblis dan akhirnya mengikutinya ke dalam neraka.

Keikhlasan orang awam mendapatkan fatwa dan pendapat agama pasti akan dibantu oleh Allah SWT di dalam menemukan mereka kepada kebenaran. Ingatlah walaupun sebuah fatwa namun ianya boleh membawa anda ke syurga atau ke neraka.

Pernah berlaku di dalam sejarah apabila seorang wanita Quraisy yang terhormat daripada bani Mahkzum mencuri. Maka pihak keluarga wanita tersebut berusaha mencari jalan dan usaha agar dirinya tidak dihukum potong tangan. Terdesaknya keadaan mereka sehingga sanggup mengadu dan meminta tolong kepada sahabat nabi yang bernama Usamah bin Zaid ra guna memujuk rasulullah dan merayu agar dikurangkan hukuman ke atas perempuan tersebut maka bersabdalah nabi salallahualaihiwassalam dengan nada yang marah lalu berkata : Apakah kamu ingin meminta syafaat dalam hukum yang telah ditetapkan oleh Allah ? Kemudian baginda rasulullah pun berkhutbah dan berkata : “Sesungguhnya telah hancur umat sebelum kamu apabila ada orang yang mulia mencuri di kalangan mereka lalu dibiarkan dan apabila ada orang yang lemah mencuri di kalangan mereka barulah ditegakkan hukuman. Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad itu mencuri nescaya aku akan memotong tangannya.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka saya menyeru orang awam yang membaca tulisan ini agar mula menyedari kesilapan kita yang selalu melihat rumah sebelah yang kotor dan buruk. Ini kerana boleh jadi apa yang kita lihat itu sebenarnya bukanlah kerana kotornya rumah sebelah tetapi tingkap dan kaca kita sendiri yang tidak pernah dibersihkan sehingga membuatkan kita menyangka kekotoran itu milik orang lain sedangkan ianya adalah daripada sikap dan perbuatan kita sendiri.

Islam ialah agama yang membawa pencegahan dan bukannya diturunkan untuk merawat semua penyakit yang ditimbulkan oleh kegilaan kita. Kalau sudah terbuat salah, terimalah akibatnya bukan berkeluh kesah mencari alasan dan hujah demi menghalalkan tindakan kita. Moga-moga daripada keinsafan dan keberanian bertanggungjawab atas dosa dan kesalahan itu dia diberikan keredhaan dan keampunan sehingga mendapat kebaikan.

Di dalam sebuah hadis :"Ada mengisahkan perihal seorang perempuan yang hendak direjam di atas kesalahan zina, Lalu datang Khalid bin Al-Walid membawa sebuah batu, dan melempar perempuan itu tepat pada kepalanya. Darah dari kepala perempuan itu memancut sehingga mengenai muka Khalid, sehingga Khalid mencela perempuan itu. Maka Rasulullah pun berkata: "Tenanglah wahai Khalid. Demi yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya, sesungguhnya perempuan ini telah bertaubat dengan taubat yang jika dilakukan oleh seorang yang zalim pun nescaya akan diampunkan lalu baginda memerintahkan supaya mayat perempuan itu diuruskan dan baginda bersolat ke atas jenazahnya dan mengebumikannya." (Hadis sahih riwayat Muslim )

Ada orang berbuat zina tetapi dia bertanya tentang hukum menggugurkan kandungannya dari hasil zina bukannya bagaimana cara bertaubat dan panduan untuk memperbaiki hidupnya. Dia tidak mengaku salah itu ialah salahnya tetapi kerana digoda, kerana terpengaruh, kerana dipujuk dan kerana itu ini. Katakanlah kepadanya bahawa syarat taubat itu ialah pengakuan dan keinsafan bukannya alasan.

Itulah yang saya katakan berkenaan taqwa dan keikhlasan sebagai penyelamat keadaan umat.

Memilih nasihat dan pendapat agama

Baiklah saya kira sudah jelas akan sebab dan musabab mengapa masalah masih berleluasa dalam masyarakat. Ianya seperti yang disebutkan kerana kurangnya taqwa dan keikhlasan di dalam kehidupan kita semua. Terdahulu saya sudah jelaskan bahawa isu kekeliruan dan kebuntuan memilih pendapat agama ini berhubung kait dengan dua buah pihak, satunya sudah saya sebutkan di atas berkenaan sikap orang awam di dalam mencari pertunjuk agama.

Keduanya ialah perihal keadaan mufti, ustaz dan ahli agama yang berfatwa dan memberikan hukum-hakam agama kepada anda. Sesungguhnya perintah menjauhi taqlid buta amat jelas disebut oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Pengertian taklid daripada sudut bahasa arab bermaksud menggantung sesuatu di leher. Ini bermakna orang yang bertaklid itu tidak ubah seperti haiwan yang diikat lehernya dan mengikuti ke mana sahaja dirinya dibawa oleh tuannya. (Lihat : Lisanul Arab Jilid 1 ms. 469 cetakan Darul Hadith, Kaherah dan rujuk juga Al-Misbahul Munir Jilid 2, ms. 704)

Dari sudut takrifan fuqaha, Taqlid bermaksud : “Menerima perkataan atau pendapat seseorang tanpa berdasarkan hujah.” (Sila lihat takrifan yang diberikan oleh Imam As-Syi'razi dalam Syarah Al-Luma' Jilid 2, ms. 1005 dan At-Tahmid, Jilid 4, ms.395)

Adapun tindakan para ulama dan orang ramai yang beragama dengan bersumber dan berhujah kepada dalil daripada Al-quran dan Hadith atau sekurang-kurangnya mengikuti pendapat ulama’ dengan mengetahui sumber dan dalil yang digunakan di dalam fatwa ulama tersebut maka hal ini tidaklah dinamakan sebagai taqlid buta yang dicela atau disebut taqlid tanpa hujah kerana Al-Quran dan Sunnah itu sendiri ialah hujah.

Begitu juga jika orang awam mengikuti pendapat imam, ulama' yang bersumberkan kepada Al-quran dan as-sunnah serta mengetahui hujah yang digunakan oleh para ulama’ itu maka tindakan ini juga ialah hujah.

Berkata Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah di dalam kitabnya I’lamul Muwa’qi’ien bahawa adalah soal jawab agama itu terdiri daripada empat perkara iaitu yang pertama orang bertanya tentang hukum hakam sesuatu masalah agama lalu dijawab bahawa hukumnya harus, halal, haram dan seumpamanya dan yang keduanya ialah orang bertanya berkenaan dalil-dalil hukum kemudian yang ketiga pertanyaan berkenaan wajhul dalalah (bentuk-bentuk hukum yang terbina daripada dalil) dan kaedah yang digunakan dalam menghasilkan hukum. Manakala pertanyaan yang seterusnya iaitu yang ke-empat ialah berkait jawapan balas kepada hujah-hujah yang menyelisihinya. (Lihat : Ilamul Muwa’qi’ien Jil. 4, ms. 413)

Nasihat yang paling penting buat orang awam di dalam mengambil nasihat dan pendapat agama daripada para ulama’, ustaz dan alim agama ialah orang ramai harus bersedia menerima dan menghormati konsep ilmu dengan bersikap berlapang dada terhadap perselisihan dan perbezaan pendapat di dalam masalah agama.

Para ulama salaf dan golongan umat Islam yang bertaqwa dan soleh di zaman dahulu pun tidak dapat mengelakkan diri daripada berselisih pendapat. Para sahabat sendiri berbeza pendapat mengenai siapakah calon khalifah yang lebih sesuai selepas Utsman ra dan para imam mujtahid yang agung seperti Imam Malik dan As-syafi’ie serta Ahmad bin Hambal sahaja pun berbeza pendapat dan mazhab sekalipun mereka mempunyai hubungan guru dan murid antara satu sama lain. Oleh itu kita harus menyedari bahawa khilaf dan perbezaan pendapat ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh kerana perbezaan waktu, situasi, tempat tinggal, zaman dan kehidupan tanpa dimasukkan persoalan taraf kefahaman, ilmu dan kebijaksanaan manusia yang berbeza-beza antara satu sama lain.

1. Memilih pendapat yang berdalilkan Al-Quran dan As-sunnah

Kata Al-Imam Ibn Qayyim Al-jauziyah, setiap mufti yang ditanyakan masalah agama harus menyediakan dalil dan hujah di atas fatwa mereka. Maksudnya masalah-masalah agama itu wajib dijawab dengan berdalilkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis rasulullah supaya ianya dapat difahami oleh orang awam yang bertanya akan sebab hukumnya itu menjadi haram, harus, makruh atau wajib.

Inilah sifat Al-Quran dan as-sunnah di dalam member fatwa kepada manusia. Misalnya apabila Allah SWt befirman dalam Al-Quran : “Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah Suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Al-Baqarah : 222)

Allah SWT menyatakan hukum dan di dalam masa yang sama menjelaskan sebab-sebab pengharaman dan punca hukum itu dijatuhkan. Hal ini mengajarkan kepada kita bahawa orang awam yang bertanya masalah agama perlu tahu sebab-sebab hukum dan dalilnya.

Al-Imam Ibn’ Hazm Al-Andalusi di dalam kitabnya Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam yang menyebut : Kami tidaklah mengingkari fatwa yang diberikan oleh para ulama’ kepada orang-orang awam yang jahil dan mahu meminta fatwa akan tetapi yang kami mengingkari ialah penetapan fatwa atau pendapat agama tanpa bukti hujah yang mendukunginya, tanpa rujukan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah kerana yang sedemikian itu boleh menimbulkan kemungkinan kepada berlakunya pendapat yang silap. Bayangkanlah jika di zaman Rasulullah salallahualaihiwasalam sahaja sudah wujud orang yang memberi fatwa yang salah maka sudah pasti pada zaman selepas kewafatan baginda akan boleh berlaku lebih banyak kesilapan dalam perkara yang lebih meluas. Oleh yang demikian maka kita perlulah menghindari fatwa yang dikeluarkan oleh mufti (pemberi fatwa) yang tidak menyandarkannya kepada dalil Al-Qur’an, As-Sunnah serta Ijmak ulama’.” (Sila lihat di dalam Kitab Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam, jld. 6, ms. 1076)

2. Bertanya masalah agama kepada ramai alim atau ustaz

Mempelbagaikan sumber rujukan atau guru merupakan amalan yang terpuji ini disebabkan dalam pelbagai cerita mengenai kisah ketelitian para ulama salaf terdahulu terhadap ilmu dan tidak menerima ilmu dari sebarangan orang dengan mudah seperti apa yang diriwayatkan oleh Imam Abi Hatim ra mengenai kisah Imam Yahya ibn Main yang datang kepada Musa ibn Ismail untuk mendengar sebuah hadis maka berkatalah Musa apakah engkau belum mendengar hadis ini daripada sesiapa ? Lalu dijawab oleh Yahya ibn Main bahawa aku telah mendengar hadis ini daripada tujuh belas orang dan engkaulah yang ke lapan belas. Lalu ditanya untuk apakah engkau menyusahkan diri membuat sedemikian dengan mendengar hadis yang sama dari guru yang berbeza ? Lalu berkatalah Yahya ibn Main, "Sesungguhnya jika Hammad ibn Sulaiman itu tersilap dalam hadisnya maka aku dapat membezakan kesilapannya itu dengan mendengar hadisnya dari pelbagai jalan dan guru (perawi), kerana jika silapnya itu pada Hammad maka akan didapati dengan semua guru (perawi) menyebut kesilapannya dan jika silap itu bukan dari Hammad maka pasti akan kelihatan dengan guru yang silap akan dapat didedahkan oleh kesepakatan guru yang ramai." (Lihat Al-Majruhin oleh Ibn Hibban Jilid 1,ms. 32)

Hendaklah orang awam membiasakan sikap suka merujuk ramai ustaz dan ahli agama dalam masalah-masalah atau persoalan hukum hakam agama moga-moga ianya dapat lebih membantu kita di dalam mendapatkan kebenaran dan kebaikan.

Bagaimana jika ustaz-ustaz memberikan hukum dan jawapan yang berbeza ? Apakah yang harus dibuat ? Jawapannya tidak susah, pertamanya kita harus sentiasa ingat bahawa perbezaan pendapat dan khilaf ialah lumrah di dalam agama Islam dan kehidupan manusia.

Maka apabila berdepan dengan keadaan sedemikian hendaklah kita memilih pendapat agama yang paling banyak dalil-dalil dan mempunyai sandaran ayat-ayat Al-Quran dan as-sunnah dan mampu menjelaskan kepada kita sebab-sebab dan kenapa hukum tersebut dijatuhkan.

Mufti, ustaz dan ahli agama yang memberikan jawapan harus dapat menjelaskan kepada kita kenapakah hukum itu sedemikian, nasihat dan jawapan yang diberikan itu ialah seperti itu dan ini dengan menyertakan dalil, alasan dan sebab-sebab yang mampu difahami oleh manusia.

Harus diingat, Islam ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita iaitu manusia dan sudah semestinya syariah ini dapat difahami dan mampu diterima oleh akal dan fikiran lurus manusia.

Allah SWT befirman : “Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?,” (Al-Furqan : 7)

Allah menjelaskan bahawa rasul itu diturunkan kepada manusia daripada kalangan manusia itu sendiri supaya dia dapat menyampaikan Islam dan membimbing manusia dengan kemampuan dan tahap manusia itu sendiri. Itulah maksudnya rasul-rasul itu ialah manusia biasa yang memakan makanan dan berjalan di pasar seperti orang ramai yang lain hanya sahaja mereka mendapat wahyu dan pertunjuk dari langit.

Oleh itu kata para ulama’ Syariat Islam tidak ada sesuatu pun yang menyalahi fitrah manusia dan menyalahi kewarasan akal dan bertentangan dengan kebijaksanaan. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.” (Al-baqarah : 219)

3. Ambil pendapat yang paling diyakini dapat membawa kepada keredhaan Allah

Kaedah lain di dalam memilih pendapat agama apabila berdepan dengan banyak khilaf dan perselisihan pendapat ialah memilih pendapat dan hukum yang membuatykan kita yakin dan tenang dengannya. Ini disebabkan Allah SWT memberikan ketenangan hanya kepada mereka-mereka yang benar di atas jalannya dan ketenangan itu merupakan isyarat jelas bahawa tepat atau tidaknya sesuatu hukum atau pendapat agama tersebut. Nabi salallahualaihiwassalam pun diriwayatkan pernah bersabda : “Ketenangan itu daripada Allah.” (riwayat Tirmidzi)

Pilihlah pendapat yang membawa ketenangan dan melapangkan dada serta bukannya pendapat yang menyebabkan huru hara dan gundah gulana atau meresahkan fikiran dan hati. Ini boleh dilihat dengan keadaan seorang yang bertanya kepada saya tentang apakah hukumnya mengambil wudhuk dengan hanya sekali basuh atau sapuan ?

Saya mengatakan sah,’ ini kerana di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas ra menyebutkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam pernah berwudhuk hanya dengan sekali basuhan.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi) Tetapi dalam hadis yang lain nabi diriwayatkan pernah berwudhuk dengan membasuh anggota wudhuknya sebanyak 2 kali dan ada yang menyebut 3 kali.

Maksudnya nabi sendiri membasuh anggota wudhuk tidak seragam, ada kalanya sekali basuhan, ada kalanya dua kali dan ada tiga kali. Oleh itu basuhlah anggota wudhuk anda mengikut keperluan sehingga mendatangkan yakin dan ketenangan bahawa ianya sudah suci dan bersih.

Jangan menjadi seperti orang yang pernah bertanya kepada saya apakah sah hukumnya berwudhuk dengan sekali basuh dan kemudian apabila dijawab sah maka dia pun melakukannya kemudian tidak berapa lama setelah itu dia pun bertanya saya kembali apakah sah hukumnya solat dalam keadaan meragui kesempurnaan wudhuk ? Saya bertanya kenapa ? Lalu dia pun menjawab bahawa dirasakan bahagian sikunya semacam tidak terkena air sewaktu berwudhuk kerana dia hanya memilih sekali basuhan.

Pilihlah pendapat dan hukum yang membawa ketenangan kepada diri anda kini dan masa depan.

Daripada An-Nawwas ibn Sam’aan ra daripada nabi Salallahualaihiwassalam yang diriwayatkan pernah bersabda: “Kebajikan itu ialah kebaikan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang meresahkan dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya”. (Hadis riwayat Muslim)

Jangan memilih hukum dan pendapat agama semata-mata kerana ianya mudah tetapi kemudian menyusahkan anda di masa depan atau kerana ianya senang dilakukan tetapi kemudian membawa keresahan jiwa dan perasaan ragu-ragu. Dalamilah ilmu dan binalah keyakinan dan keteguhan hati daripada godaan syaitan yang suka menanam keraguan kepada kita.

Hendaklah kita mengelakkan diri daripada mengikuti hawa nafsu, memilih pendapat yang menjerumuskan kita ke lembah syubhat atau membawa kepada ragu-ragu dan keresahan jiwa. Ini boleh dilihat berlaku kepada orang ramai yang suka mengambil apa yang mudah tetapi kemudian berasa susah dan resah apabila masalah yang diharapkan hilang masih tidak berhenti datang.

Wabisoh ibn Ma’bad ra meriwayatkan bahawa “Aku telah menemui Rasulullahsalallahualaihiwassalam lalu baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebaikan? Aku pun menjawab: “Ya.” Baginda pun bersabdalagi : "Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang menyebabkan diri dan hati kamu merasa tenang tenteram terhadapnya dan dosa itu ialah suatu perkara yang membawa resah dan gelisah dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ad-Darimi)

Hukum hakam agama ada kalanya berubah-ubah mengikut keadaan, perihal individu dan berbeza di antara satu sama lain mengikut keperluan. Oleh itu janganlah bersikap suka memaksa dan mengharapkan orang lain turut sama berpendapat atau mengamalkan hukum yang kita pilih. Jangan bergaduh dan memberi ruang kepada syaitan untuk menyesatkan anak adam dan memecah belah kesatuan umat islam.

4. Jangan membangkang orang lain yang tidak sependapat

Jauhilah Ta’asub dan keras kepala dengan pendapat sendiri dan hanya menyangka kita yang benar dan betul. Terbukalah kepada teguran dan kritikan dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Ingatlah hukum yang pernah kita amalkan atau terima daripada mufti pada hari ini boleh jadi akan berubah pada masa akan datang dan tidak sesuai lagi diamalkan pada masa depan. Terbukalah untuk pembaikan dan bersedia menerima ilmu baru.

Allah SWT befirman : “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl : 125)

Setiap orang tidak sama keperluan, situasi dan menghadapi masalah yang berbeza oleh itu jangan difikir semua orang harus sama dan mesti mengikuti kita. Boleh jadi kita di pihak yang benar tetapi kesabaran dan waktu yang lama diperlukan untuk menyampaikan kebenaran kerana itulah dakwah nabi salallahualaihiwasallam tidak berjalan dalam satu malam.

Para ulama terdahulu seperti Al-Imam Ibn Abdil Bar ra di dalam kitabnya menyebutkan bahawa tidaklah akan pernah bahagia orang yang berdebat kecuali jika diikuti oleh orang ramai dan kamu tidak akan mendapati orang yang suka berdebat ini melainkan di dalam hatinya terdapat penyakit.” (Lihat: Jami Bayan Al-Ilm)

Bahkan Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran : “Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri." (Al-Ankabut : 46)

Bagaimanakah sikapnya berdebat sesama Islam dan saling menyalahkan antara satu sama lain itu boleh dianggap sebagai perbuatan sunnah ? Sedangkan jika berselisih dan berdebat dengan ahli kitab itu pun disuruh dilakukan dengan penuh kebaikan dan hikmah maka sekiranya sesama Islam maka kita sepatutnya harus lebih baik dan lebih bersopan.

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda: “Aku menjamin untuk kalian sebuah istana yang terdapat ditepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar, aku menjamin untuk kalian dengan sebuah istana yang terdapat ditengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dia hanya bergurau, dan aku menjamin untuk kalian dengan sebuah istana di syurga yang tertinggi bagi orang yang memperbaiki akhlaknya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Allah SWT befirman yang bermaksud : “Orang yang diredhai oleh Allah dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.” (Al-Anbiya: 28)

Allah befirman lagi : “Sesungguhnya orang-orang (yang beriman itu ialah) yang berhati-hati kerana takut akan (azab) Tuhan mereka.” (Al-Mukminun : 58)

Kesimpulannya, sebagai seorang awam hendaklah anda melazimi menuntut ilmu pengetahuan dan berusaha menambahkan pengetahuan Islam agar tidak selama-lamanya anda bertaraf sebagai orang awam yang hanya mengikut fatwa ulama tanpa dapat memahami dalil-dalilnya dan tidak tahu mencarinya di dalam kitab Allah dan sunnah rasulullah. Berusahalah seumur hidup untuk mengikut Islam, mentaati Allah dan rasul serta berusaha mempelajari kitab Allah dan Sunnah rasulullah dengan sabar dan taqwa serta beramal soleh dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki. Beramal terlebih dahulu dengan ilmu yang ada sebelum ajal menjemput pergi.

Segala puji hanyalah bagi Allah SWT.

Rujukan :

I’lamul Muwaqi’ien oleh Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah
Irsyad al-Fuhul ila Tahqiq al-Haq min 'Ilm al-Usul oleh Imam Asy-syaukani

http://ustaz.blogspot.com/2010/10/panduan-memilih-pendapat-agama-untuk.html