Thursday, November 12, 2009
Petualang yang Hilang
Mereka terpanggil pasu tertuang
Bergaris-garis noda bersutra
Menongkah mendongak tiada muka
Menerobos tembok bernyawa
Ketawa dan menangis macam tiada
Menolong membantu tersilap rupa
Habis...mereka nak apa?
Berselindung di sebalik sutera
Berpagar kongkrit waja bertiang duka
Berbumbung fatamorgana menghapuskan semua
Yang benar kau kata tiada
Yang salah kau tidak berkata
Hanya mendiamkannya seribu bahasa
Habis aku nak buat macam mana?
Bertenggek Bertempik membabi buta
Melacur kata berdusta nyawa
Menyamun harta pewaris berharga
Atau aku....
Persetankan sahaja!
Mana mungkin...
Perjuangan itu milik bersama
Permusuhan itu tugas semua
Yang hak mestilah hak
Yang batil mestilah batil
Biar pecah di perut asalkan jangan busuk
Biar pecah di mulut asalkan bercahaya mutiara
Kita lawan dan kita menawan
Kita mati dan kita bahagia
Hiduplah perjuangan anak-anak bangsa
Biar harum disebut
Biar wangi dijulang
Kerana memangnya kau pejuang muda.
Labels:
Sajak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment