Para ahli hukum telah menyimpulkan 10 perkara yang membatalkan Islam iaitu:
1. Syirik di dalam ibadah
" Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah sesat sejauh-jauhnya (An Nisa' 4:116)
2. Sesiapa yang menjadikan perantaraan antaranya dengan Allah kemudian berdoa kepadanya dan meminta syafaat kepadanya. Ini diistilahkan sebagai kufur secara ijma'.
-Menggunakan berhala sebagai perantaraan/ menyembah berhala; "Kami tidak menyembah hanyalah untuk mendekatkan kami kepada Allah" (maksud al-quran)
3. Sesiapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau ragu dengan kekufurannya atau mengakui kebenaran mazhabnya. Ini juga diistilahkan sebagai kufur secara ijma'.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu" (Al Baqarah, 2:120)
4. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa ada ideologi/ petunjuk yang lebih sempurna daripada petunjuk Nabi saw atau ada hukum yang lebih baik daripada hukum Nabi saw. (mendahulukan hukum thogut)
"Sesungguhnya syaitan itu musuhmu, sebab itu kamu ambillah dia sebagai musuh. Dia hanya menyeruh golongan (pengikutnya) supaya mereka masuk neraka" (Fathir; 35:6)
5. Sesiapa yang membencikan atau tidak suka apa-apa yang datang daripada Rasulullah saw. Mereka adalah kafir scara ijma'.
"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al-Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amalan-amalan mereka" (Muhammad; 47:9)
6. Sesiapa yang memperlekehkan atau mempermainkan Dienullah sama ada sedikit ataupun banyak. Mereka adalah kafir hukumnya.
"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja" Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya, dan RasulNya kamu selalu bermain-main (berolok-olok)?" (At-Taubah; 9:65)
7. Sihir dan seumpamanya sama ada yang mengamalkannya atau yang meredhainya. Mereka juga kafir hukumnya.
(Rujuk Al-Quran, Al Baqarah; 2:102)
8. Orang-orang Muslim (mengaku Islam) kemudian bekerjasama dengan orang kafir dan musyrik di dalam memerangi atau membelakangi Islam. Hukumnya, mereka adalah kafir.
(Rujuk Al-Quran, Al-Mai'dah; 5:51)
9. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa sebahagian manusia tidak wajib atasnya mengikuti sunnah Nabi saw.
(Rujuk Al-Quran, Al-Kahf; 18:103-106)
10. Membelakangi dan menolak Dienullah serta tidak mahu mempelajari dan tidak mahu mengamalkannya. Mereka juga dalah kafir.
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudia ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. (As-Sajadah; 32:22)
"Aku berwasiat kepadamu agar bertakwa kepada Allah Azza Wajallah agar mendengar, taat dan patuh meskipun pemimpinmu seorang budak. Barangsiapa hidup dan panjang umur daripada kamu maka dia akan melihat banyak persengketaan. Berpeganglah kepada Sunnahku dan sunnah-sunnah khulafa yang mendapat petunjuk dan hidayah (sesudahku). Gigitlah kuat-kuat dengan gigi gerahammu. Waspadalah terhadap ciptaan dan persoalan-persoalan baru. Sesungguhnya tiap-tiap bid'ah mengandungi kesesatan" (HR Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment