MAKNA AQIDAH
Menurut bahasa : Ikatan, ikatan yang kuat, kukuh, pegangan yang
teguh, dipercayai, perjanjian dan penguat sumpah
yang diyakini dalam hati tanpa ada keraguan.
Menurut Istilah secara umum: Keimanan yang mantap dan hukuman yang tegas
dicampuri keraguan oleh orang yang meyakininya
di dalam hati tanpa memandang tentang kebenaran
atau kedaifan
Menurut Istilah secara Islami: Keimanan yang mantap kepada Allah sama ada
terhadap RububiyaNya, asmawasifatNya, UluhiyaNya
Malaikat-malaikatnya,kitab-kitabNya,Rasul-rasulNya
Hari akhirat dan qadar yang baik ataupun buruk
serta kepada semua yang datang daripada risalah
kebenaran, dasar-dasar dien, perkara yang ghaib dan
apa juga yang disepakati oleh safus solehin secara
menyerah diri kepada Allah dalam hukum, perintah
Qadar dan syariat-syariatNya dan berserah diri
kepada Rasulullah saw dengan mentaati, berhukum
dan mengikutnya.
Aqidah merupakan ikatan yang paling mengukuhkan sehingga menimbulkan perasaan disiplin dalam ucapan dan perbuatan ke arah kesatuan dalam segala lapangan kehidupan.
1. Sebagai ucapan yang bersifat ikrar (janji)
لامعبود إلاالله(Tiada yang diibadahi melainkan Allah)
2. Sebagai dasar awal yang mengikat roh, perasaan, pemikiran dan akal
لاموجود إلا الله(Tiada yang wujud melainkan Allah)
3. Sebagai dasar awal yang mengikat kekuatan dalam keyakinan sama ada dalam pemikiran ataupun perasaan sehinggakan akal merasa puas atas keabadian dalam wujudnya baqaNya.
لامقصود إلالله(Tiada yang ditujui melainkan Allah)
4. Sebagai dasar awal ikatan perjanjian sama ada dari segi maksud dan tujuan mencari rahmat dan redha Allah.
لامطلوب إلالله(Tiada yang dituntut melainkan Allah)
5. Sebagai dasar awal penyataan untuk berusaha menggerakkan pemikiran dan perbuatan ke arah usaha yang sesuai dengan fungsinya.
لامحبوب إلالله(Tiada yang dicintai melainkan Allah)
6. Sebagai dasar awal dalam menumbuhkan rasa kecintaan kepada Allah dan tiada yang lebih dicintai kecuali Allah.
* Dalil: (QS Al-Maidah, 5:54)
"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui".
KEISTIMEWAAN AQIDAH ISLAM
Di antara keistimewaan aqidah Islam dan tanda-tandanya ialah:
1. Sumbernya murni kerana ianya bersumberkan Kitab Allah, sunnah Rasul dan ijma’ orang-orang salaf serta ucapannya.
2. Berdiri di atas Taslim (menyerah kepada Allah dan RasulNya) kerana masalah aqidah adalah berbentuk ghaib dan urusan ghaib hendaklah didasarkan pada Taslim kepada Allah dan RasulNya.
3. Sesuai dengan fitrah yang lurus dan akal yang sihat kerana aqidah Islam berlandaskan petunjuk Allah dan RasulNya.
4. Bersambung sanadnya kepada Rasulullah saw, para sahabat, tabi’ tabi’in dan imam-imam yang membawa petunjuk sama ada melalui perkataan, perbuatan, ilmu dan keyakinan.
5. Terang dan jelas kerana sumbernya daripada Allah, RasulNya dan salaful ummah.
6. Bersih daripada perselisihan, pertentangan, gangguan dan kesamaran.
MAUDHU’UL AQIDAH
Perkara-perkara yang dibahaskan dalam aqidah Islam adalah Tauhid.
No comments:
Post a Comment