Saturday, October 31, 2009

Apa yang kita fikirkan?

Seringkali aku bertanya di dalam diri..."Apakah istimewanya nama pada diri?"
Aku selalu menjawab dengan persoalan pada diri ini...mungkin nama itu sebagai lambang pribadi atau mungkin nama itu sekadar nama saja. Lalu aku membuat penafsiran sendiri pasal ini....orang lain pernah berkata secara bersendaloka: "Apa benda yang penting bagi orang lain dan tidak terasa penting bagi kita?" dan pastinya jawapan kita adalah "nama". Dan jawapan itulah menjadikan bahawa nama ini tiada nilai langsung pada kita. Kita sering menukarkan nama asal kita menjadi nama lain pula dan kadangkali dicantumkan menjadi nama yang lain pula. Namun nama lain itu lebih bernilai pada diri kita. Aku bagi misal....Nama asal: Arsyad @ Zainab... menjadi: Syad @ Nab... menjadi: SyadNab namun kerana tak sedap didengar menjadi: ArNab. Mungkin begitulah jadinya. Yang peliknya nama asal tadi sudah baik bunyinya. Mungkin nama itu susah nak disebut jadi kita tukarlah...brangkali!!!
Aku menambahkan pentafsiran baru...brangkali pertukaran nama itu sekadar kebanggaan pada dirinya sendiri bukan kebanggaan pemberi nama asal iaitu ibu bapanya. Perumpaan yang ada...kita sepertinya menjual nama itu dengan harga yang murah dan membeli satu nama yang lebih mahal hanya sekadar nak dipuja tapi tiada makna. Sebelum kita lahir...orang tua kita mencari dan mengkaji begitu banyak nama...bertanya & merujuk pada orang lain atau buku-buku berkisar nama-nama walaupun belum tahu lagi jantina yang bakal menjejaki dunia ini. Namun bila kita dah kenal pasal kehidupan, kita begitu mudah untuk bertukar macam sesumpah. Namanya Khatijah menjadi Khaty...
Aku menambahkan pentafsiran...itulah tabiat kita...brangkali!!!!!!!

1 comment:

  1. bapaku menamakan aku abdul rahman sedangkan dia tidak kenal bagaimanakah sikapku nanti. apabila tiba giliranku menamakan anak-anakku, aku menamakan abdul fattah dengan harapan dia sebagai pembuka keilmuan. kemudian aku menamakan maizatul najihah hanya kerana nama itu menyebabkan aku terhibur. akhirnya aku menamakan anak ketiga dengan nama lokman hakim dengan harapan menjadi orang berhikmah di dalam masyarakat yang akan mereka tempuhi.

    anak perempuanku bertanya apa maksud namanya, hingga hari ini aku tidak tahu jawapannya tetapi nama dan tingkah-laku mereka masih menyebabkan aku terhibur.

    aku sendiri menerima sahaja apa-apa gelaran yang diberikan. aku tidak pernah kesah adakah ia kelihatan baik atau sebagainya.

    hingga hari ini, aku masih memandang mulia nama-nama orang yang ditakdirkan aku mengenalinya. asaklan nama itu bukan nama yang sudah jelas buruknya.

    akhirnya nama aku di alam ini sekadar bLog Juga

    ReplyDelete