Saturday, October 31, 2009

Mencari Seciput Dunia


Ramai di antara kita lebih cenderung dengan dunia. Segala pertembungan kita sesama kita akan menceritakan pasal dunia. Bila kita bersuamuka...kita banyak berkata pasal dunia. "Dah makan?", "Di mana sekarang?"...
Aku bukan nak cerita pasal tak boleh sembang dan menyapa seperti itu...cuma aku nak cakap yang kita ni terlupa pada kata awal sebelum itu iaitu pasal SALAM. SALAM itu lebih berkisar tentang amalan kita untuk bekalan di akhirat yang dilaksanakan di dunia. Kalau kita tak SALAM maka kita ni sebenarnya MALAS. SALAM n MALAS, Akhirat n Dunia.
Mungkin kita terlalu disogokkan dengan kemewahan dunia ini lalu kita menjadi MALAS untuk berfikir walaupun sejenak pasal SALAM. Kita ada banyak harta, dalam negara mahupun luar negara tapi kita tidak ada harta dalam makna dan jiwa. Kita mampu mengubahsuai apa jua kebendaan milik kita...dari kereta WIRA di"tunasbiakkan" menjadi HONDA...dari muka "biut" menjadi muka "cute"... dari rumah setinggan menjadi rumah bertenaga solar; namun kita tidak mampu mengubah diri kita ini dari ROBOT menjadi MANUSIA SEBENAR sebab apa?????????? Kita terlalu kemaruk mencari seciput dunia.
Ada sesetengah wanita itu nampak cantik namun terlalu comot bila di"tacap"kan dengan benda-benda yang disangka cantik. Atas nama kemajuan dan ketamadunan dan dengan pelbagai jenama produk pasaran, yang berkisar soal corak pakaian, corak berdandan, corak pergaulan sudah menuju kedepan. Namun...macam ada yang pincang. seolah-olah kemajuan dan ketamadunan itu macam terus kebelakang. Segala alatan perdandanan kalau boleh...dipakai semua, muka yang asli dah tak asli. Bulu Kening dicukur kemudian dilukis balik (sia-siakan???), rambut yang colornya asli hitam dan menarik diubah ke color lain walhal bagi orang Islam rambut tu aurat (tak boleh tayang kecuali kepada mukhrimnya), yang paling bahaya lagi...kita dah tak boleh bezakan mana satu yang nak dipamerkan...pakaian atau yang dalam pakaian. Orang Lama-lama dulu tak berpakaian kemudian berpakaian; dan kemudian Orang Sekarang kembali tak berpakaian. Dalam bahasa senang "Berpakaian tetapi Telanjang". Bukan nak kata...mengejek atau menghina...namun itulah yang dicari dalam seciput dunia.
Pernah terdengar satu kata: "Manusia ni takkan puas selagi tak makan tanah". Dunia ni kalau kita kejar...macam tak terkejar oleh kita. Segala yang ada di perut bumi ini...tak ternilai banyaknya. Rasa tak cukup; semakin terasa walaupun kita telah diisytihar orang kaya. Sebab apa??????? Dalam jiwa kita, dunia lebih utama. Macam saja dunia ini kekal selamanya. Tapi takpalah......itulah sifat manusia...mencari seciput dunia dan meninggalkan segunung akhirat lebih utama. Brangkali!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment