5 Cara Untuk Lajukan Windows XP
Walaupun Windows semakin maju ke hadapan yang dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan
daripada kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini
mungkin kerana kita telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya.
Mungkin juga kita memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah
compatibility dengan software lama.
Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan
PC kita menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows
dahulu. Selain daripada memastikan komputer kita bersih dari Virus dan Malware,
terdapat beberapa perkara yang kita boleh amalkan untuk memastikan Windows XP
berjalan dengan lebih lancar. Antara berikut merupakan perkongsian lima tips yang boleh diambil kira:
1. Defragment Hard Disk Anda
Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun,
tahukah anda apa fungsi Defragment?
Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang -
kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word
anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi
diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk
membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia
terletak berjauhan antara satu sama lain.
Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation
ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di
tempat yang betul.
Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories >
System Tools > Disk Defragmenter
2. Tetapkan Program Yang Dibuka
Sewaktu Startup
Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara
automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua
dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program
tersebut bila perlu.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu
program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig.
Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan
sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System
Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh
lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya
ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.
Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh,
gunakan perisian Autoruns. Pastikan
anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.
3. Matikan Servis Yang Tidak
Perlu
Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik
tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang
tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara
automatik.
Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada
tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft
Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang
servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak
lagi dilancarkan secara automatik
Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka
kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala
servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.
4. Bersihkan PC Anda
Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang
terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang
perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk
anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.
5. Tingkatkan BIOS Anda
(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana
fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan
supaya mengelakkan tips ini)
BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan
perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan.
Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit
prestasi komputer.
Update BIOS Anda. Biasanya
pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda
boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda
pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti
langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.
Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45,
bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui
BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi
komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja
fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen
tersebut melalui BIOS.
No comments:
Post a Comment