Saturday, August 3, 2013

Angkara Kebejatan Bangsa

Apabila mereka mula membesar
Semua yang kerdil mahu dibedil
Pabila kalah tercucuk luka
Bangsa lain juga dikata dalangnya

Apabila mereka mula berharta
Sebenarnya hasil jualan harta pusaka
Pabila miskin papa kedana
Bangsa lain juga dikata pencuri bermaharajalela

Apabila mereka mula bergembira
Mengajar anak dan dirinya berdisco ria
Pabila maksiat sudah utuh bersama
Bangsa lain juga dikata pembawa anasir tidak beretika

Apabila mereka meneraju negara bangsa
Segala khazanah menjadi hak keluarga
Pabila segala lubang telah disanggah
Bangsa lain juga dikata merembat harta negara

Saki baki apa yang mereka ada?
Hanya maruah yang telah tercalar
Hanya nama yang telah ternoda
Hanya hati yang telah mati

No comments:

Post a Comment