Friday, October 4, 2013
Friday, September 27, 2013
Nasi Bukhari Ayam
Resipi Oh Resepi
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit
55 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang
Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bukhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)
Cara menyediakan:
1) Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.
2) Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.
3) Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.
![]() |
Sekadar Hiasan |

Tuesday, September 17, 2013
BOTAK YANG TIDAK BOTAK
SERINGKALI BERBICARA
SAMBIL MENEGUK AIR
SECAWAN KOPI
SAMBIL MEMAMAH SEKEPING
ROTI MAYAT DALAM TIN
BERBORAK KOSONG SEPAGI
HARI SAMPAI KE MAGHRIB
ISU SEMASA DIKUPAS BAGAI
SEORANG ILMUAN TERSOHOR
ISU AGAMA DIKUPAS
BAGAIKAN USTAZ KEHORMAT
NAMUN SEMUA HANYALAH...
MEMBUTAKAN ILMUNYA
KERANA
TIDAK PERNAH MENGERTI
PERIT BEKERJA SI ISTERI
TIDAK PERNAH MENGERTI
BOGELNYA ANAK-ANAK TIDAK TERJAGA
TIDAK PERNAH MENGERTI
FITNAH DAN MUNAFIK DIKALA BERKATA
YANG DITAHU HANYALAH...
MEMBOTAKKAN ILMUNYA
SERINGKALI BERBICARA
HARTA DITIMBUN UMPAMA GUNUNG
DINAR BERJUTA-JUTA
KERETA DIHIAS UMPAMA
LIMOSIN BERCAHAYA EMAS PERMATA
RUMAH DIREKA UMPAMA
MAHLIGAI DI PERSADA SYURGA
TANAH DITEROKA UMPAMA
LAUTAN TIADA TEBINGNYA
NAMUN SEMUA HANYALAH...
MEMATAHKAN HATINYA
KERANA
TIDAK PERNAH MENGERTI BAHANA
RIBA’
TIDAK PERNAH MENGERTI ITU
BUKAN HAK MILIKNYA
TIDAK PERNAH MENGERTI
TEMPAT TINGGAL SETERUSNYA
YANG DITAHU HANYALAH...
CINTAKAN DUNIA
SERINGKALI BERBICARA
ILMU DIPELAJARI DICANANGNYA
DI SEMUA PELUSUK DUNIA
AMAL DITONJOLKANNYA
SEINDAH BUNGA KEMBOJA
AJARAN DAN
PERINGATANNYA MENGALAHKAN SEBILAH SENJATA
NAMUN SEMUA HANYALAH...
MEMBONGKAKKAN PERSONALITINYA
KERANA
TIDAK PERNAH MENGERTI ANCAMAN
RIYA’
TIDAK PERNAH MENGERTI
BAHAYANYA BID’AH
TIDAK PERNAH MENGERTI
KURAFAT DALAM IBADAH
YANG DITAHU HANYALAH...
POPULARITI KEHIDUPANNYA
DAN ITULAH
SEBAHAGIANNYA...
TANDA BOTAK YANG TIDAK
BOTAK
TATKALA DIBANGKITKAN
DALAM KESELURUHANNYA BOTAK
LANUNTAWAU/SMKJPT/18092013/1100AM
Wednesday, September 4, 2013
TANGAN GATAL MILIKNYA
Aku kira aku gembira
Rupanya ada noda-noda durjana
Aku kira aku mempunyai ruang masa
Rupanya ada kereta kebal menjaga pintunya
Aku kira aku kaya
Rupanya ada jembalang mengalahi manusia
Aku kira aku muda
Rupanya ada jam jangka pada raut wajahnya
Aku kira aku sihat sejahtera
Rupanya ada ulat-ulat bermaharajalela
Yang aku kira
Mereka tidak melihat warga di bawahnya
Baginya semua miliknya
Baginya semua cintanya
Baginya juga semua dunia

Thursday, August 29, 2013
Cara Reset Canon MP258 Error 5B00 atau P07
Pengenalan awal :
Ketika printer MP258 menunjukkan error P07 di LCD panelnya dan dilayar monitor akan muncul error 5B00.
Cara Resetter Canon MP258 error 5B00 atau P07 :
1. Printer MP258 yang error 5B00 atau P07 dalam keadaan mati "OFF" dan pastikan kuasa elektrik terpasang.
2. Tekan Tombol STOP/RESET dan tahan, kemudian tekan tombol POWER dan tahan.
3. Tombol POWER masih ditekan, kemudian lepaskan tombol STOP/RESET, kemudian tekan tombol STOP/RESET 2 x dalam keadaan tombol power masih ditekan.
4. Lepas kedua tombol secara bersamaan.
5. Printer MP258 yang error 5B00 atau P07 akan berproses beberapa saat (agak lama), kemudian LCD Panel akan tampil angka 0
6. Komputer akan mendeteksi DEVICE BARU, Abaikan saja .....
7. Keadaan ini menunjukkan printer MP258 dalam keadaan SERVICE MODE dan siap direset.
Cara Resetter Canon MP258 dalam SERVICE MODEP07 :
Cara 1: Menggunakan SERVICE MODE
Cara 2: Menggunakan Resetter (UPDATE)

- Jika printer anda terpasang (ON), sila matikan dahulu.
- Tekan tombol Stop/Reset, jangan dilepaskan.
- Tekan tombol ON dan tunggu sehingga lampu hijau menyala, jangan dilepaskan.
- Lepaskan tombol Stop/Reset, kemudian tekan tombol Stop/Reset sebanyak dua (2) kali.
- Lepaskan tombol ON.
- Tunggu sehingga skrin paparan pada printer memaparkan angka 0.
- Tekan lagi Tombol Stop/Reset sebanyak empat (4) kali.
- Tekan tombol ON, printer akan memutarkan pemutar kertas beberapa saat dan printer akan mati secara automatik.
- Buka kembali printer anda dengan menekan tombol ON.
- Tahniah, anda telah berjaya reset status printer anda. Jika masih terdapat masalah "Ink Counter" sila ulangi langkah-langkah di atas.
Cara 2: Menggunakan Resetter (UPDATE)
- Muat turun Resetter. ( http://www.mediafire.com/download/sjs3upfs5nqvnka/ServiceTool.exe )
- Sediakan kertas di printer sebanyak 2 helai (diperlukan semasa proses dijalankan).
- Jika printer anda terpasang (ON), sila matikan dahulu.
- Tekan tombol Stop/Reset, jangan dilepaskan.
- Tekan tombol ON dan tunggu sehingga lampu hijau menyala, jangan dilepaskan.
- Lepaskan tombol Stop/Reset, kemudian tekan tombol Stop/Reset sebanyak dua (2) kali.
- Lepaskan tombol ON.
- Tunggu sehingga skrin paparan pada printer memaparkan angka 0.
- Apabila skrin paparan pada printer menunjukkan paparan 0, maksudnya anda kini berada di dalam SERVICE MODE.
- Run program ServiceTool.exe as administrator jika anda menggunakan sistem operasi Windows Vista atau Windos Seven.
- Klik "MAIN" dan printer akan mencetak satu halaman dengan tulisan "D=000.0".
- Klik "EEPROM Clear".
- Seterusnya klik "EEPROM" dan printer akan mencetak satu lagi halaman. Salah satu baris hasil cetakan ialah "TPAGE(TTL=00000 COPY=00000)".
- Matikan printer dengan menekan tombol POWER.
- Hidupkan semula printer.
- Tahniah, anda telah berjaya reset status printer anda.
Seindah kata-kata
Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi
لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik
ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai
ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia
akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan
disenangi oleh semua, serta hidup bahagia
لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali
لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!
و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan
لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu
ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!
Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi
لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik
ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai
ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

Tuesday, August 27, 2013
PERHIMPUNAN
Ada kalanya
Mereka berhimpun atas arahan
Ada kalanya
Mereka berhimpun atas kerelaan
Ada kalanya
Mereka berhimpun atas ketidakpastian
Dan... Ada kalanya
Mereka berhimpun atas kebodohan
Namun... Inilah mereka
Tidak gusar atas tohmahan
Tidak gusar atas cemuhan
Tidak gusar atas rintangan
Cuma... Mereka faham ataupun tidak
Dalam berhimpun...
Dengarlah
Lihatlah
Hayatilah
Ada juga ilmu padanya
Untuk mereka yang mahu berfikir
07:25am/smkjpt/28082013
Wednesday, August 21, 2013
GILANYA ERA GEMBIRA...
GILANYA ERA GEMBIRA...
Asal sahaja dia muncul
Akan terpusu-pukulan suka
Akan bergerak sakan
gembira...
Namun mereka lupa
Tiada harta tersisa
Gembira hanya seketika
Hanya mengundang
suka dan duka...
Maka mereka berkata:
mahalnya...
Tapi dibayar juga
takutnya...
Tapi menurut sahaja
Dan...
Maksiat juga menjadi idola
21082013/smkjpt
Asal sahaja dia muncul
Akan terpusu-pukulan suka
Akan bergerak sakan
gembira...
Namun mereka lupa
Tiada harta tersisa
Gembira hanya seketika
Hanya mengundang
suka dan duka...
Maka mereka berkata:
mahalnya...
Tapi dibayar juga
takutnya...
Tapi menurut sahaja
Dan...
Maksiat juga menjadi idola
21082013/smkjpt
Saturday, August 3, 2013
Angkara Kebejatan Bangsa
Apabila mereka mula membesar
Semua yang kerdil mahu dibedil
Pabila kalah tercucuk luka
Bangsa lain juga dikata dalangnya
Apabila mereka mula berharta
Sebenarnya hasil jualan harta pusaka
Pabila miskin papa kedana
Bangsa lain juga dikata pencuri bermaharajalela
Apabila mereka mula bergembira
Mengajar anak dan dirinya berdisco ria
Pabila maksiat sudah utuh bersama
Bangsa lain juga dikata pembawa anasir tidak beretika
Apabila mereka meneraju negara bangsa
Segala khazanah menjadi hak keluarga
Pabila segala lubang telah disanggah
Bangsa lain juga dikata merembat harta negara
Saki baki apa yang mereka ada?
Hanya maruah yang telah tercalar
Hanya nama yang telah ternoda
Hanya hati yang telah mati

Thursday, August 1, 2013
BANGKAI LUPA DIRI
Bangkai-bangkai bergelimpangan
Tiada satu pun yang bernyawa
Perutnya kelihatan membuncit
Matanya terbeliak lagi terkeluar
Lidahnya terjelir merah
Berulat lagi berbau busuk
Sesekali diimbas kenangan lampau
Semuanya itu dagingan yang utuh
Giginya memutih
Hidungnya kembang kempis
Bersama mulutnya yang tidak pernah berhenti
Apakah ertinya ini?
Sedangkan mereka belum mati
Sedangkan mereka berijazah tinggi
Sedangkan mereka dihormati di pelusuk negeri
Kerana mereka sudah lupa
Pada janji-janji di dini hari...
(Buatmu guru yang jasamu kini sudah mula dianaktiri)

Friday, July 19, 2013
Menyingkap tirai sejarah Turki...
Ketika membaca sebuah buku "Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah (1299M - 1453M) aku tertarik dengan satu bisikan kata Alp Arslan kepada anaknya:
"Aku dikelilingi oleh para pengawal yang memperuntukkan masanya untuk mengawalku sepanjang siang dan malam. Sepatutnya aku membenarkan mereka melakukan kerja-kerja mereka. Aku telah memberikan amaran terhadap setiap perkara yang cuba mengancam keselamatan diriku. Di samping itu, aku membiarkan sahaja setiap perkara yang cuba mengancam keberanianku, menyerang menerusi pertimbangan yang waras. Aku terlupa semua amaran ini dan di sini aku terbaring menantikan kematian dengan penuh penderitaan. Ingatlah sebaik-baik pengajaran ini dan jangan biarkan ia berlalu sia-sia melampaui batas pertimbangan dan kewarasan akalmu...."
Dan di atas nisannya tertulis:
"Wahai mereka yang melihat ketinggian dan keagungan Alp Arslan suatu masa dahulu, lihatlah! Beliau berada di dalam tanah hitam sekarang..."
Dan di atas nisannya tertulis:
"Wahai mereka yang melihat ketinggian dan keagungan Alp Arslan suatu masa dahulu, lihatlah! Beliau berada di dalam tanah hitam sekarang..."
Thursday, May 16, 2013
MEREKALAH GURU
Merekalah GURU yang menjagaku ketika kecil
Merekalah GURU yang mendidikku mengaji dan berbudi
Merekalah GURU yang membiayaku ketika di sekolah dan universiti
Merekalah GURU yang menghadirkan nasihat ketika bersedih
Merekalah GURU yang mengajar untuk berfikir
bahawa.....
Merekalah GURU permulaan kelahiranku...
dan....
Merekalah GURU yang juga berguru daripada GURU

Wednesday, April 17, 2013
Himpunan Status Facebook : Ringkasan Sifat Solat Nabi SAW #1
Bismillah, Alhamdulillah. Dihimpunkan disini beberapa tulisanku dalam status Facebook berkenaan Sifat Solat Nabi SAW. Semua nya adalah dalam bentuk ringkasan beberapa ayat berkenaan Sifat Solat Nabi SAW. Setiap yang ditulis adalah pegangan yang rajih (kuat) dari segi hujah dan dalilnya bagi saya dalam perihal Sifat Solat Nabi SAW berdasarkan pembelajaran saya dalam kelas-kelas masyayikh yang saya hadiri dan juga tela'ah serta kajian saya. Ini adalah himpunan pertama, dan ia akan bersambung insyaAllah pada himpunan seterusnya.
1- Solat itu adalah rukun kedua dalam Rukun-Rukun Islam, bahkan telah ijma' para Sahabat akan kafirnya mereka yang meninggalkan Solat dengan sengaja. Sesetengah fuqaha' berpendapat kafir itu jika dia meninggalkan Solat dengan sengaja beserta mengingkari kewajipannya
2- Dianjurkan memasuki masjid dengan mendahulukan kaki kanan, dan sunnah berdoa (Allahummaftah li abwaba rahmatik) ketika memasuki masjid. Disyariatkan untuk bersolat 2 rak'at solat Tahiyatul Masjid, dan tidak menjadi masalah jika seseorang itu duduk dahulu samada untuk minum air, atau berehat sebentar kerana penat dan lain-lain, kemudian baru bersolat 2 rak'at Tahiyatul Masjid, tiada masalah padanya. Dan tidaklah sunnah seseorang itu sengaja melewat-lewatkan solat Tahiyatul Masjid tanpa ada apa-apa keperluan.
3- Solat 2 rak'at ketika memasuki masjid (dinamakan tahiyatul masjid) adalah sunnah secara ijma', dan ia adalah disyariatkan. Namun para fuqaha' berbeza pendapat akan hukum tahiyatul masjid, mazhab zahir seperti Daud `Ali al-Zahiri dan Ibn Hazm berpendapat ia wajib sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Qadhi Iyadh, manakala para imam mazhab yang empat berpegang ia mustahab (dianjurkan) dan bukannya wajib.
4- Berkenaan hakikat solat tahiyatul masjid pula, perlu diketahui nama khas tahiyatul masjid ini tidak thabit dari Salaf, tidak dari hadith, ia hanyalah penamaan oleh fuqaha' terkemudian. Bahkan sebenarnya solat tahiyatul masjid ini bukanlah satu jenis solat yang berdiri dengan sendirinya sebagaimana solat witir yang berdiri dengan sendiri, solat dhuha yang berdiri dengan sendiri, solat rawatib yang berdiri dengan sendiri. Akan tetapi sebenarnya solat 2 rak'at memasuki masjid ini ia adalah termasuk daripada jenis solat nawafil mutlak (solat sunat mutlak) atau apa sahaja solat-solat lain yang disyariatkan. Dengan kata lain disunnahkan melakukan apa-apa saja solat yang disyariatkan ketika masuk masjid, contohnya sekiranya seseorang itu memasuki masjid dalam waktu dhuha dan beliau solat dhuha sebanyak 2 rak'at maka beliau telah dikira melakukan tahiyatul masjid, atau masuk masjid dan bersolat 2 rak'at rawatib dikira juga tahiyatul masjid.
5- Tidak thabit dari Nabi SAW akan sebarang doa atau zikir sebelum Takbiratul Ihram untuk solat, menghadirkan niat itu adalah dalam hati dan tidaklah ia dijahrkan mengikut pendapat yang sahih. Sesetengah ulama mengharuskan niat diucap secara jahr sekiranya seseorang itu sangat kuat was-wasnya, dengan syarat tidaklah dianggap ia sebagai satu perlakuan atau rukun solat. Terdapat riwayat dengan isnad yang secara zahirnya sahih yang menunjukkan secara zahirnya al-Syafie menjahrkan niat tetapi ia tidak sarih
6- Qiam (berdiri) dalam Solat itu adalah rukun untuk solat fardhu, manakala ia sunat untuk solat al-nafilah (solat sunat), untuk solat fardhu tiada masalah jika seseorang yang masih mampu berdiri tetapi tidak kuat untuk bergantung kepada tongkat atau menyandar ke dinding bagi yang memerlukan, ini termasuklah yang sakit atau yang tua - yang masih boleh berdiri tetapi tidak kuat - , jika benar-benar tidak mampu berdiri langsung setelah berusaha sehabis baik berdiri walaupun dengan tongkat atau menyandar ke dinding maka diringankan untuknya duduk
7- Disyariatkan sedekap ketika qiam (berdiri) dalam solat dengan meletakkan tangan kanan atas kiri, tidak thabit akan tempat dimana sedekap itu diletak walaupun satu hadith. Beramal akan Salaf sedekap itu di perut, atas pusat, bawah pusat, atas pusat bawah dada, di pusat, semuanya ini diamalkan Salaf. Yang terkuat ialah dibawah pusat sebagaimana yang dijazamkan Ishaq bin Rahawaih dari kalangan Salaf. Adapun didada tidak thabit dari Salaf, bahkan dibenci Ahmad bin Hanbal, namun sesetengah Khalaf beramal dengannya atas anggapan mereka hadith itu sahih.
8- Disunnahkan mengangkat tangan dalam solat pada 4 tempat iaitu: 1- Takbiratul ihram , 2 - Ruku' , 3 - Bangun dari ruku' , 4 - Bangun dari rak'at kedua untuk masuk rak'at ketiga
9- Boleh turun sujud samada dengan tangan dahulu atau lutut dahulu bergantung kepada keadaan dan keselesaan diri. Kedua cara diamalkan Salaf dari kalangan Sahabat Nabi SAW. Dan sujud itu adalah dengan 7 anggota iaitu 1 dahi (termasuk hidung), 2 tangan, 2 lutut dan 2 kaki. Tidak dirapatkan buku lali atau tumit mengikut pendapat yang lebih sahih dan jari diarahkan ke qiblat. Kemudian berkata "Subhana Rabbiyal A'la" (tanpa tambahan "wabihamdih") sebanyak 3 kali atau lebih tidak menjadi masalah bahkan lebih baik, atau "Subbuhun Quddus Rabb ul-Mala'ikatu wal-Ruh", dan sujud adalah sebaik-baik waktu berdoa dalam solat
10- Disyariatkn berisyarat dengan mengangkat jari ketika tasyahhud seraya membengkokkan sedikit jari, dilakukan dari mula hingga akhir.Tidak sunnah tahrik (menggerak-gerak jari) dalam tasyahhud, tidak thabit dari Nabi SAW mahupun Salaf bahkan hadithnya munkar, khata'. Adapun membengkokkan jari thabit dalam hadith riwayat Malik bin. Numair al-Khuzai'i, disahihkan al-Nasa'i, Ibn Khuzaimah bahkan dibuat bab khas dalam kitab mereka akan fiqhnya. Malik bin. Numair tidaklah majhul bahkan thabit mendengar beliau dari ayahnya sebagaimana yang dijazamkan al-Bukhari. Dan tiadalah dalam tasyahhud awal itu akan selawat kepada Nabi SAW, sedang pada tasyahhud akhir ia sunnah.
11- Bermula solat itu adalah dengan takbiratul ihram, tiadalah sebarang zikir, doa atau bacaan tertentu sebelum takbir dan berakhirnya solat dengan salam. Dan salam itu diberi ke kanan dan ke kiri dengan berkata "assalamu'alaikum warahmatullah", adapun tambahan "wabarakatuh" adalah munkar, tidak thabit. Salam pertama ke kanan adalah fardhu dan wajib manakala salam kedua ke kiri adalah sunat. Disunnahkan untuk berpusing ke kanan atau ke kiri akan imam itu seraya mengadap makmum, kemudian berzikir dengan zikir yang thabit selepas solat secara siir (perlahan-lahan) dan dibolehkan bagi imam itu menjaharkan zikir sekiranya untuk mengajar, sesetengah fuqaha' membolehkan zikir itu dilakukan secara jahr - bagi imam atau makmum - walaupun bukan dengan sebab mengajar. Adapun berzikir secara kolektif (berjamaah) dengan seorang ketua tiada asalnya daripada Salaf dan tidaklah sunnah. Kemudian berdoa selepas selesai zikir sekiranya mahu secara sendiri tidak menjadi masalah.
Sekian untuk himpunan #1
Abu Ismail Muhammad Fathi Ali al-Tabib
Iskandariah / Mesir / 24 Sept 2011
http://www.facebook.com/notes/fathi-al-sakandary/himpunan-status-facebook-ringkasan-sifat-solat-nabi-saw-1/160110980743771
Subscribe to:
Posts (Atom)