Sunday, May 23, 2010

Disebalik dua kelainan

Mencari jalan pulang
Bukan menyusuri kejahilan
Atau menempah kemusnahan
Bahkan meniti sirat keutuhan
Di setiap persimpangan
Antara dua tempat yang bertentangan

Langkah itulah perjuangan
Langkah itulah persimpangan
Dan langkah itulah pengorbanan
Agar dirimu disirami keharuman
Di bawah naungan kejujuran
Di bawah untaian ikatan persaudaraan

Mana mungkin engkau tergelincir
Jika jiwamu seiringan
Jika hatimu sehaluan
Jika jasadmu berpersatuan
Jika akalmu berpendidikan
Bersumberkan dua panduan kesejahteraan
Yang tiada kekeliruan
Andai engkau faham erti kebenaran

Sekiranya dua atas dua difahami
Antara kebenaran dengan pembohongan
Antara kejujuran dengan kemunafikan
Antara kebijaksaan dengan kejahilan
Antara amanah dengan jahil
Antara positif dengan negatif
Antara lelaki dengan wanita
Antara syurga dengan neraka
Masing-masing ada pengisiannya
Maka...
Engkau kupaslah dan engkau kajilah
Moga bermanfaat untuk semua

No comments:

Post a Comment