Friday, May 7, 2021

Ubay bin Ka’ab menjelaskan:


وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِى صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا


“..Dan sebagai tandanya adalah pada pagi harinya matahari terbit dengan cahaya putih yang tidak bersinar-sinar menyilaukan.” (HR. Muslim no. 762)





Dari Ubai radhiallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


صَبِيحَةَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ تَطْلُعُ الشَّمْسُ لَا شُعَاعَ لَهَا، كَأَنَّهَا طَسْتٌ حَتَّى تَرْتَفِعَ


“Pagi hari setelah malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar seperti bejana dari tembaga hingga tinggi.” (HR. Ahmad no. 21197. Syaikh al-Albani menilai hadith ini sahih dalam Sahih al-Jami' no. 3754)


Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, ia mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلْقَةٌ، لَا حَارَّةٌ، وَلَا بَارِدَةٌ، تُصْبِحُ شَمْسُهَا صَبِيحَتَهَا ضَعِيفَةً حَمْرَاءَ


“Lailatul Qadar adalah malam yang tenang, cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari terbit pada pagi harinya lemah dan berwarna merah.” (HR. ath-Thayalisi, Ibnu Khuzaimah, dan al-Bazzar, sanadnya hasan)

 

Thursday, April 13, 2017

5 Cara Untuk Lajukan Windows XP



5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

Walaupun Windows semakin maju ke hadapan yang dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan daripada kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana kita telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga kita memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC kita menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain daripada memastikan komputer kita bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang kita boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Antara berikut merupakan perkongsian lima tips yang boleh diambil kira:

1. Defragment Hard Disk Anda

Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain. 

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul. 

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

2. Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.  

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.

3. Matikan Servis Yang Tidak Perlu

Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.

4. Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.

5. Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini) 

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan.  Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut. 

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

Friday, September 2, 2016

tatkala kita asyik... mereka ketawa



AGAK LAMA MEMBISU

AGAK LAMA MEMBISU

Seringkali kita bercerita tapi tidak pernah bersua
Seringkali kita berseloka tapi tidak pernah ketawa
Seringkali kita bersukantara tapi tidak pernah bersama
Lalu mengapa pula engkau terkesima
Pada pandanganku...
Pada hujahku...
Pada koleksiku...
Emmm... sememangnya begitu!
Sekadar mahu membuka buku
Yang sekian lama dibeku



Wednesday, November 19, 2014

EMMM... EYALAH AKU JUGA YANG BERSALAH!

Sekian lama aku tidak berkarya dalam blog ini...

EMMM... EYALAH AKU JUGA YANG BERSALAH!

dalam kita rela jangan pula sampai tidak dibela...
dalam kita ikrar bekerja jangan pula sampai kita dijadikan kera...
dalam kita rancak berusaha jangan pula sampai kita tidak diharga...

bukankah kita juga adalah sama?
ada hati dan maruah
ada cinta dan air mata
ada kisah dan fatamorgana

mengapa kita pula menjadi mangsa?
kita bukan robot berkuasa kuda
kita bukan komputer yang "on" saja
bukan juga tikus makmal ahli saintis negara

apa yang mahu dirasa?
adil dan saksamalah dalam kerja
kerana kami juga mahu bernyawa
bukannya yang tidak berguna mendapat intan permata
setiap tutur bicara dieyakan saja
mentimun juga menjadi mangsa... atas kedegilan durian berbisa

emmmm... eyalah, aku juga yang bersalah!

Tuesday, July 15, 2014

MEMAHAMI 19 SIKAP BERMASALAH

Hayatilah 19 sikap yang melampaui batas dan penyebab perselisihan faham atau masalah di tempat kerja:

* Bongkak (The Cut-Tou-Downer)
Angkuh, tidak bertmbang rasa, memperkecilkan orang lain, menganggap dirinya selalu benar, merendahkan martabat orang lain, berkuasa, menyakitkan hati, mengkritik, tidak menghormati orang lain, membuat tipu helah, mencari kesilapan orang lain.

* Mulut Murai (The Chatterbox)

Terlalu banyak bercakap, jahil,menaikkan kemarahan orang lain, kagum dengan diri sendiri, tidak menghormati orang lain dan membosankan.

*Kecil Jangan Disangka Anak, Besar Jangan Disangka Bapa (The Silent But Deadly Volcano)
Tidak stabil, tidak berkomunikasi dengan orang lain, berkonspirasi, terlalu memilih, sering membuat kesilapan, tidak boleh dipercayai, tidak rasional, bersifat marah, bertindak di luar kawalan

*Mengumpat (The Gossip)
Membuka rahsia orang lain, sering mencari silap orang lain, sering melakukan kesilapan, mudah menjatuhkan hukuman ke atas kesilapan orang lain, hipokrit,sering melukakan hati, menganggap diri selalu di pihak yang benar, berfikiran cetek, sering mengeluarkan kata-kata yang pedas, mengkritik, suka campur tangan urusan orang lain

*Talam Dua Muka/Menikam Dari Belakang (The Smiling Two-Faced Backstabber)
Mengada-adakan cerita, licik, perahsia, tidak jujur, suka menggoda, mensabotaj, pentingkaan diri sendiri, palsu, hipokrit, cetek pemikiran, pengecut, tidak boleh dipercayai dan penipu

*Mengambil Kesempatan (The Opportunistic User)
Pentingkan diri sendiri, suka campur tangan, memanipulasi, tidak setia, tidak menghargai, membuat tipu helah, mempunyai keyakinan yang teguh dan suka menggoda

*Tidak Bersungguh-Sungguh/Tidak Serius (The Jokester)
Suka mengacau, tidak selamat, lemah, berperangai yang menimbulkan rasa meluat, tidak serius, pentingkan diri sendiri, menyakitkan hati, kasar, terdesak untuk mendapatkan perhatian, berfikiran singkat, tidak menghormati dan bercakap dengan nada yang tinggi

*Mulut Jahat,Mengarah dan Membuli (The Bitchy,Bossy Bully)

Mendera, menentang, berkuasa tidak terkawal, marah, suka bertelagah, keras, menolak, kurang ajar, berleter, meminta di luar kemampuan, cepat meradang, tidak rasional, suka melakukan penyeksaan, kejam, payah membantah, sombong, mengugut, mencari kesilapan orang lain, mendesak, menyakitkan hati, mengancam, cepat berubah, bongkak dan keras kepala.

*Menghadapi Masalah Mental (The Mental Case)
Tidak stabil, mudah beremosi atau tidak beremosi, tidak boleh dipercayai, cepat berubah, sukar dijangka, tidak terkawal, mendera, bertelagah, kasar, sedih, paranoid, payah,keras, gopoh, membenci, tidak siuman dan tidak rasional

*Suka Mencampuri Urusan Orang Lain (The Meddler) 

Bersifat ceroboh, suka menghukum, menguasai, menghasut, menganggap dirinya benar, cemburu, memalukan, berlidah tajam, suka bertanya, menyampuk, kurang ajar, mengganggu dan campur tangan.

*Orang ynag Berkata "Ya" (The Yes Person)
Suka melihat orang lain gembira, menjauhi perbalahan, berkata "ya" tanpa berfikir, menunjukkan tindak balas yang cepat tanpa berfikir, menunjukkan tindak balas yang cepat tanpa berfikir kesannya, terlalu mengikut hati tanpa memikirkan dirinya sendiri.

*Aku, Diriku & Bangga Dengan Diriku (The Me,Myself And I Narcissist)
Pentingkan diri sendiri, bersifat angkuh, berfikiran singkat, bongkak, membosankan, hanya memikirkan kepentingan dirinya sahaja dan suka menunjuk-nunjuk

*Pasti Dengan Kebenaran Sendiri (The Self-Righteous Priss)
Pentingkan diri sendiri, pasti dengan kebenaran sendiri, sombong, mencari kesilapan orang lain, tidak mesra atau suka mengasingkan diri, bermusuhan, ego, suka menghakimi, tidak mudah berkawan, menolak, kasar dan kurang ajar

*Sangat Sombong (The Snooty Snob)
Berlagak, pasti dengan kebenaran sendiri, sombong, mencari kesilapan orang lain, tidak mesra atau suka mengasingkan diri, bermusuhan, ego, suka menghakimi, tidak mudah berkawan, menolak, kasar dan kurang ajar

*Suka Bersaing (The Competitor)
Bersifat menimbulkan kemarahan, tiada ketakutan, berperangai yang menimbulkan perasaan meluat, gangguan fikiran, mudah tersinggung, mendesak, agresif, bersifat marah, mudah tercabar, suka berkonfrontasi dan suka mencari gaduh

*Orang Yang Suka Merungut (The Whiner)
Berasakan dirinya tidak dibantu, dikuasai oleh perasaan berlakunya ketidakadilan di dunia, mahukan kesempurnaan mengikut standard dirinya dan tiada orang yang menepati standardnya, suka menceritakan masalah dirinya kepada orang lain, tetapi sering memberikan penyelesaian yang tidak disukai oleh orang lain dan menambah lagi rungutannya.

*Mencari Kesalahan Dengan Mengkritik (The Accusing Critic)
Suka mengadu, mencari kesilapan orang lain, berteus terang, sempit fikiran, tidak puas hati dan mahukan kesempurnaan dalam segalanya

*Berlagak Serba Tahu (The Arrogant Know-It-All)
Berlagak serba tahu, konfrantasi, orang yang bertindak secara licik, bersifat menghakimi, pasti dengan kebenarannya sendiri, banyak bercakap, mengkritik, rendah tahap kesabaran pada kebenaran dan berlawanan

*Menghasut (The Instigator)
Mensabotaj, mengganggu, menyakitkan hati, cemburu, tidak bersemangat atau lemah, memanipulasi, sering mendatangkan masalah dan menipu.

Tuesday, July 1, 2014

Simpul tali



Berikut beberapa cara membuat simpul yang dapat anda gunakan.

1. Bow line on a bight.

2. Backup knot.



3. Water knot.

 








  4. Timber hitch.





5. Tauthline hitch.
 




6. Square knot.