Wednesday, October 26, 2011

Memori Di Suatu Ketika

Suatu ketika
Aku menyusuri sepertiga benua
Menterjemahkan suka duka dikala bersama
Menanam benih-benih pokok bunga
Pada acuan taman mini sekolah
Atas ketegasan guruku bercermin mata

Suatu ketika
Aku menelaah buku di usangan bongkah
Di tepian bukit pejabat desa
Berjendelakan kayu mudah dilangkah
Dengan ngauman "Sudah saling ka?"
Biasanya menyorok mematikan injin kereta
Namun sentiasa dikesan kewujudannya

Suatu ketika
Aku memerhatikan rerumput pendek
Subur di bawah batang-batang koko memasak
Lalu diukirkan jalinan-jalinan tampak dan halus
Bersama warna-warni kehidupan berusnya
Yang sedikit tapi berguna
Pada jiwa-jiwa yang mahu bersua

Suatu ketika
Ayam sabung dan kambing-kambing ketawa
Memerhati gelagat degilnya manusia
Terlebih hambatan rotan pusaka
Dikejar dan hilang jejaknya
Walhal untuk kesenangan hidup selama
Di kala kesunyian mencari redha

Suatu ketika
Gerun mendengar tahyulan sengaja
Pada hentakan tapak jepun di gelanggang sana
Seketika rumah segitiga siap ternganga
Bersebelahan rumah agung pencinta syurga
Di hujung sana bahan kimia diteroka

Suatu ketika
Aku suka pada duka bersama
Pada marah dan pukulan sayang mereka
Pada ilmu dan amalan berguna
Lalu aku madahkan padanya: "Moga Allah rahmati mereka"
Agar menjadi bekalan di suatu masa
Di suatu ketika

(09040103/26101011/3:15pm)