Friday, December 18, 2009

MENAMBAH ILMU MEMASAK


ikan percik kelantan alawafif

IKAN PERCIK KELANTAN

Bahan-bahannya:

6 EKOR IKAN KEMBUNG
1 BIJI KELAPA AMBIL 5 CAWAN SANTAN
5 ULAS BAWANG MERAH
4 ULAS BAWANG PUTIH
3 BATANG SERAI
1 1/2 INCI HALIA
ASAM KEPING
GARAM
SEDIKIT GULA

CARA-CARANYA:

1. Ikan dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.Dibakar.
2. Bila sudah masak, lumurkan dengan kuah percik. Dibakar dan dibalik-balikkan agar kuah meresap ke dalam isi ikan. Siap.

[b]Untuk Kuah Percik

1. Halia, serai, bawang merah, putih diblender.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping.
3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula. Kacau.

Untuk Hidangan

Ikan Bakar diletakkan di dalam pinggan. Curahkan kuah percik ke atas ikan tersebut. Siap.... syaratnya kena buat banyak2. senang org nak tambah

http://irwanadlan.blogspot.com/2008/10/ikan-percik-kelantan-alawafif.html

Thursday, December 3, 2009

SUATU MASA MEREKA AKAN BERSAMA


Mana mungkin kau akan faham
Pada sebuah cinta
Pada sebuah nama
Walau tersembunyi tanpa wajah
Di sebalik untaian tali
Tergantung membujur layu berpenghuni
Terburai perutnya berdarah merah
Hangir tapi berbau wangi kasturi

Mana mungkin kau akan faham
Pada sebuah kata
Pada sebuah luahan
Walaupun tanpa bunyi dan tanpa peluru
Bejuang memegang senjata
Hanya nota-nota tertulis huruf
Berkecamuk mindanya
Berserabut akalnya
Penuh makna tanpa bicara

Mana mungkin kau akan faham
Bila sebuah nama dan kata bersatu
Bila sebuah cinta dan luahan bersatu
Akan bergoncang dunia tanpa lagu
Akan berselerak gempak gempita bernyala
Biar mereka faham
Bahawa esok ada sinar harapan
Mereka jua akan bersama
Mati gembira
Hidup bahagia
Tiada ketakutan dan tiada sandiwara
Percayalah....suatu masa MEREKA AKAN BERSAMA